VOLVO SAFETY CAR CENTER, JAHANAMKAN SEBUAH KERETA VOLVO SETIAP HARI
Bagi memastikan Volvo kekal sebagai sebuah jenama nombor satu dalam aspek teknologi keselamatan, Volvo Safety Car Center yang ditubuhkan 22 tahun lalu menjalankan aktiviti yang sangat luar biasa iaitu menjahanamkan sebuah kereta baru Volvo setiap hari sehingga hari ini
Tapi hasilnya, jenama Volvo adalah jenama yang anda cari jika anda mementingkan aspek keselamatan dalam sesebuah kereta. Ketika ia dibuka oleh King Carl XVI Gustaf pada tahun 2000, ia merupakan makmal kemalangan kenderaan termaju di dunia dan kekal menjadi peneraju sehingg pada hari ini.
“Memberi komitmen pada aspek keselamatan bukanlah sekadar melepasi ujian kemalangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan mendapat penarafan bagus dalam ujian” ujar Thomas Broberg, jurutera keselamatan Volvo.
Malah Volvo mengkaji bagaimana dan kenapa kecederaan, punca kemalangan dan bagaimana Volvo boleh mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Volvo berharap semua kajian mereka akan menjadi inisiatif untuk diikuti oleh syarikat lain dalam usaha mengurangkan kematian akibat kemalangan.
Volvo Cars Safety Center merupakan fasiliti makmal ujian kemalangan pelbagai fungsi yang membenarkan jurutera Volvo mereplika pelbagai jenis kemalangan yang berlaku dalam dunia sebenar sehinggakan ujian ini melepasi kebanyakan parameter yang ditetapkan oleh kebanyakan negara
Makmal ini mengandungi 2 trek ujian sepanjang 108 meter dan 154 meter, dengan trek 108 meter boleh diubah dan diposisikan pada sudut 0 sehingga 90 darjah. Ini membenarkan simulasi kemalangan dibuat pada pelbagai sudut dan halaju antara 2 kereta pada kelajuan sehingga 120km/jam
Ujian kemalangan roll-over dibuat di luar termasuklah ujian kemalangan melibatkan kenderaan terbabas dari jalan dan menjunam dalam parit pada kelajuan tinggi. Makmal ini juga memberi pelunga kepada pasukan penyelamat untuk menajamkan skill mereka bagi mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit dalam kenderaan yang remuk
Dalam dewan utama makmal ini, crash barrier seberat 850 tan digunakan bagi ujian kemalangan depan, sisi dan belakang. Crash barrier ini boleh diubah jika diperlukan dengan bantuan sistem kusyen udara. Bukan itu sahaja, malah makmal ini memiliki pelbagai saiz dan bentuk crash barrier untuk ujian kemalangan termasuklah yang berbentuk moose iaitu rusa liar Sweeden
Bagi dekad ini, makmal ujian Volvo telah bersedia bagi ujian kemalangan yang melibatkan kereta elektrik dan persedian yang sepatutnya telah dibuat bagi menguji kereta elektrik dengan selamat.