Artikel Pilihan

FORD BANGUNKAN TEKNOLOGI LAMPU DEPAN, BOLEH PAPARKAN MAKLUMAT TERUS ATAS JALAN GUNA LAMPU

Dalam usaha memastikan keselamatan jalanraya dan pemandu kekal fokus pada jalanraya, pelbagai teknologi terkini telah dibangunkan termasuklah teknologi Head Up Display. Tapi jurutera di Ford belum berpuas hati dan membangunkan satu lagi teknologi baru pada lampu depan kereta Ford

Dalam kajian dan pembangunan yang dibuat oleh Ford, lampu depan kereta mereka boleh memaparkan penunjuk arah jalan, halaju yang dibenarkan dan juga keadaan cuaca terus pada permukaan jalan dengan menggunakan lampu depan. Keadaan ini membolehkan pemandu terus kekal fokus pada jalan raya

Mengikut kajian Ford, memandu pada waktu malam yang gelap mendedahkan risiko kemalangan sehingga 40% walaupun trakfik pada waktu malam adalah kurang berbanding dengan waktu siang. Risiko ini akan terus meningkat apabila pemandu mengalihkan mata mereka dari jalanraya

.

Dengan anggaran halaju 90km/jam, dalam sesaat kereta akan meluncur sejauh 25meter. Ketika melalui jalan yang gelap, pemandu mungkin akan terlepas papan tanda amaran dan juga selekoh di jalan yang tidak biasa dilalui oleh mereka jika mengalihkan mata dari jalan.

Ford berharap teknologi baru ini boleh mengurangkan risiko kemalangan dengan memaparkan semua maklumat penting pada permukaan jalan raya termasuklah memberi manfaat kepada pengguna jalanraya yang lain. Sebagai contoh lintasan pejalan kaki akan dipaparkan daripada lampu kereta terus pada permukaan jalan untuk kegunaan pejalan kaki dan pemandu yang lain

Ia sangat bermanfaat jika lintasan pejalan kaki ini menjadi pudar dan sukar dilihat oleh pemandu lain. Sistem ini juga memaparkan maklumat perubahan cuaca, kehadiran salji, kabus, jalan licin dan berais kepada pemandu. Sistem ini juga akan diintegrasikan dengan sistem navigasi bagi menunjukkan selekoh bahaya di depan

“Kami bermula dengan bereksperimen lampu projektor dan pada hari ini kita melihat teknologi lampu diangkat ke aras yang lebih tinggi. Banyak potensi yang boleh dihasilkan daripada teknologi ini selain daripada sekadar menerangi jalan pada waktu malam dan mengurangkan tekanan memandu pada waktu malam” uajr Lars Junker, jurutera ASAS Ford Eropah.

Memaparkan imej pada jalanraya adalah bergantung pada undang-undang jalan raya bergantung pada pasaran tertentu. Kereta Ford yang diuji dan dibangunkan adalah untuk ujian sahaja dan diuji di litar tertutup.

Google ads
Back to top button