Buletin

VW KINI DI ALOR SETAR

Volkswagen Malaysia bersama Lee Motors Autohaus Sdn Bhd melancarkan pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) sulungnya di Alor Setar, Kedah.

volkswagen-alor setar-mekanika (3)

Dengan nilai pelaburan sebanyak RM18 juta, pembukaan  pusat 3S itu berperanan memenuhi serta menyokong pertumbuhan dan perkhidmatan selepas jualan di wilayah utara.  Meliputi kawasan sekitarnya seperti  Jitra, Changloon, Arau, Kangar dan Sungai Petani.

Berkeluasan  35,352 kaki persegi, bahagian pusat pameran mampu mempamerkan 11 buah kenderaan dan mempunyai sebuah lounge untuk pelanggan. Sementara pusat servis dilengkapi 8 ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh 15 orang kakitangan yang terlatih.

volkswagen-alor setar-mekanika (7)

“Ini merupakan bilik pameran kelima dilancarkan tahun ini dan ia khusus untuk para pelanggan di wilayah utara.

“ Pertumbuhan dan pelan pengembangan Lee Motors yang pantas nyata selari dengan perancangan kami untuk meningkatkan aspek infrastruktur dan membuatkan jenama Volkswagen lebih mudah diakses, sekali gus dapat meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan kami di wilayah ini,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

volkswagen-alor setar-mekanika (1)

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button