Buletin

NISSAN KICKS – PESAING TERBARU HONDA HR-V?

Nampaknya, persaingan segmen crossover semakin menarik apabila Nissan baru sahaja memperkenalkan model terkininya, Kicks di Brazil. 

batch_2016-nissan-kicks-is-made-to-take-on-the-city-with-confidence_5

Jentera itu dilihat mengekalkan isyarat rekaan model Kicks Concept yang mula dipamerkan kepada umum pada acara Sao Paulo Motor Show 2014. Demi memenuhi permintaan pasaran Brazil, Kicks akan dihasilkan di kilang Nissan di Aguascalientes, Mexico.

Produksi skala penuhnya bakal diteruskan di kemudahan Nissan di Resende, Rio de Janeiro menjelang akhir tahun ini yang melibatkan pelaburan mencecah AS$192 juta (RM178 juta).

batch_2016-nissan-kicks-is-made-to-take-on-the-city-with-confidence_6

Kicks diposisikan di antara model Juke dan Qashqai. Masih belum ada perincian tentang jenis pacuan roda atau enjin yang bakal digunakannya.

Namun, memandangkan Kicks dibina di atas platform Nissan V dan melihat kepada model Note hatchback di Jepun, tidak mustahil jentera itu bakal dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.2 liter tiga silinder bersama kotak gear Xtronic CVT.

batch_2016-nissan-kicks-is-made-to-take-on-the-city-with-confidence_3

Kicks menampilkan reka bentuk signatur Nissan seperti gril V-motion, lampu utama dan belakang berbentuk boomerang dan ‘bumbung terapung’. Sepanjang proses penghasilannya, perhatian diberi kepada aspek prestasi aerodinamik.

Ruang kabin menyerlah dengan reka bentuk futuristik bersama rangkaian teknologi termaju, Papan pemuka mengetengahkan rekaan Gliding Wing yang didominasi oleh paparan warna bersaiz tujuh inci. Ia menempatkan sistem infotainmen yang komprehensif bersama ketersambungan telefon pintar.

batch_2016-nissan-kicks-is-made-to-take-on-the-city-with-confidence_9

Walaupun memiliki rekaan garis bumbung sperti sebuah coupe, ruang tempat duduk belakang tetap luas untuk keselesaan para penumpangnya.

Antara teknologi yang membuatkan Kicks menonjol ialah Around View Monitor dan Moving Object Detection. Sistem tersebut menggunakan empat unit kamera untuk memberi gambaran keseluruhan kenderaan dan memberi amaran kepada pemandu jika wujud sebarang bahaya.

Mazda CX30

batch_2016-nissan-kicks-is-made-to-take-on-the-city-with-confidence_7

“Kicks akan menawarkan reka bentuk, kemudahan dan inovasi teknologi yang terbaik dalam kelasnya. Ia juga membuktikan komitmen Nissan terhadap insiatif mobiliti pintarnya,” kata Naib Presiden Korporat Perancangan Produk, Nissan Motor Co., Ltd., Keno Kato.

Tags
Google ads
Back to top button