Artikel Pilihan

WALT DISNEY PERNAH SEWAKAN MERCEDES MILIK SENDIRI UNTUK FILEM KELUARAN STUDIO BELIAU SENDIRI – BIJAK KAN?

Siapa tak kenal dengan Walt Disney. Hartawan ternama yang memiliki studio perfileman terkemuka yang menerbitkan filem-filem animasi dan taman tema Disneyland. Tapi ramai tidak menyedari yang Disney sebenarnya seorang yang sangat cermat dalam berbelanja. Cermat okey, bukan kedekut. Jadi beliau hidup dalam keadaan sederhana dan tentu sekali berfikir panjang untuk membuat pembelian yang besar seperti memiliki sebuah kereta.

Kereta yang menjadi minat Disney pun bukan calang-calang kerana ia sebuah Mercedes-Benz 230SL 1964 yang juga dikenali dengan nama Pagoda. Pada masa itu ia berharga USD8,500 (RM38,000) di Amerika Syarikat dan kini harganya melonjak ke USD85,000 (RM380,000)!

Disney sebenarnya lebih dari mampu untuk membelinya tetapi harga tersebut dirasakan terlalu tingi untuk dirinya. Berbeza kan dengan anak-anak muda yang baru bekerja sekarang. Selamba je nak beli Honda Civic baharu dari bilik pameran.

Menurut aktor Dean Jones, beliau pernah bersiar-siar bersama Disney di jalan raya Los Angeles sebelum Disney berhenti dan melihat sebuah 230SL dan jatuh cinta dengannya. Beliau kemudian berkata, “Saya tidak mampu memilikinya”, dan segera beredar.

Tapi selepas melangkah hampir setengah blok, Disney berpaling kea rah Jones dan mengatakan beliau mampu memilikinya. Disney dan Jones masuk ke ruang pameran dan Disney menyerahkan cek bernilai USD3,000 untuk Mercedes-Benz 230SL dan segera memandunya pulang. Haih, lagi mudah dari nak beli Myvi tu.

Bijaknya Disney ini bila beliau menyewakan Mercedes beliau sendiri untuk filem terbitan studio belia sendiri dengan kadar sewaan USD100 sehari. Kalau dah sebulan tak ke USD3,000 tu. Duit hasil sewaan itulah digunakan Disney untuk bayaran ansuran kereta beliau. Kita? Beli MPV mewah ratusan ribu RM, pandu balik kampung untuk beraya 2 kali setahun. Nak bagi sewa takut rosak.

Kalaulah Disney masih hidup lagi nescaya beliau akan terperanjat beruk kerana nilai Mercedes beliau yang dirasakan mahal ketika itu kini sudah melonjak ke sepuluh kali ganda.

Google ads
Back to top button