Buletin

RENAULT JUAL SAHAM AVTOVAZ, NILAI 1 ROUBLE SAHAJA

Berdasarkan laporan terbaharu daripada Reuters, Renault akan menyerahkan kesemua pegangannya di dalam syariakt AvtoVAZ kepada fasiliti penyelidikan automotif Russia, NAMI dengan nilai simbolik 1 Rouble sahaja (atau RM0.06).

Renault mula memegang kepentingan dalam AvtoVAZ pada tahun 2008 dengan jumlah awal 25 peratus dengan nilai melebihi $1 bilion.

Institusi penyelidikan yang ditubuhkan sejak lebih 100 tahun yang lalu itu merupakan organisasi peneraju yang bertanggungjawab di dalam pembangunan industri automotif negara tersebut, dan yang paling terkini, mereka bertanggungjawab ke atas kenderaan rasmi presiden Vladimir Putin – Aurus Senat.

Menurut Menteri Perdagangan Rusia, Renault masih lagi mempunyai peluang untuk menguasai kembali AvtoVAZ dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang, namun dengan kos yang jauh lebih tinggi daripada nilai 1 Rouble.

Selain daripada itu, kilang Renault yang digunakan oleh Renault dan Nissan di Moscow juga akan dijual kepada kerajaan tempatan.

Lebih daripada 750 buah syarikat telah pun mengumumkan penamatan operasi di Rusia disebabkan oleh serangan negara itu ke atas Ukraine pada 24 Februari yang lalu. – Reuters

Google ads
Back to top button