
GRAB CATAT KERUGIAN RM14.8 BILION PADA 2021. SAHAM JATUH HARGA TERENDAH RM12.09
Saham Grab dilaporkan turun sebanyak 37 peratus pada Khamis lalu apabila firma penghantaran makanan dan pandu seru No. 1 di Malaysia itu melaporkan kerugian suku tahunan mencecah AS1.1 bilion (RM4.6 bilion).
Sahamnya berada pada harga terendah AS$3.09 (RM12.09), seterusnya menghapuskan lebih AS$7 bilion (RM29.2 bilion) nilainya.
Angka itu merupakan prestasi perolehan jauh lebih teruk daripada yang dijangkakan, kesan akibat tawaran promosi dan pemberian insentif untuk pemandu yang lebih tinggi.
Grab Holdings Ltd. yang berpangkalan di Singapura itu membelankakan sejumlah wang untuk memberi insientif dalam usaha menarik minat pemandu, selepas berdepan kerugian akibat pandemik yang berpanjangan.
Firma itu jguga terpaksa menawarkan promosi penghantaran makanan yang agresif selepas orang ramai mula untuk makan di kedai berikutan kekangan akibat COVID-19 yang semakin longgar.
Namun, insentif berkenaan menjejaskan jumlah jualan pada suku keempat 2021 yang berakhir pada 31 Disember 2021. Pertama kali dilaorkan sebagai sebuah syarikat awam, jualannya jatuh sebanyak 44 peratus iaitu sekitar AS122 juta (RM467 juta).
Kerugian bagi tahun 2021 meningkat kepada AS$3.56 bilion (RM14.8 bilion) berbanding AS$2.75 bilion (RM11.4 bilion) pada tahun sebelumnya.
Grab yang dilihat cuba untuk mengekalkan posisinya selaku peneraju di pasaran Asia Tenggara disaing hebat oleh GoTo, syarikat gabungan di antara Gojek dan firma e-dagang, Tokopedia serta Sea Ltd.
- BACA: LEGENDA RALI NEGARA KARAMJIT NAK BELI KERETA BUAT GRAB, TERPAKSA JUAL KERETA SENDIRI
- BACA: SUPER APP AIRASIA BAKAL BERI SAINGAN PADA GRAB, GOJEK, WECHAT
- BACA: ALAMI KEMALANGAN KERANA BAS LANGGAR LAMPU MERAH, PRASARANA MAHU GANTI MOTOSIKAL PENUNGGANG GRABFOOD
- BACA: GRAB TAWAR DISKAUN WARGA EMAS INGIN DAPATKAN VAKSIN