
WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MENANG DI PARAGUAY. PELUANG JUARA WRC BUAT KALI KE SEMBILAN MUNCUL LAGI
Pemandu lagenda Sebastien Ogier berjaya muncul sebagai juara untuk perlumbaan pertama kali dalam kalendar FIA World Rally Championship (WRC) musim ini di ueno Rally del Paraguay sekali gus mengukuhkan harapan beliau untuk merangkul kejuaraan tahta WRC buat kali ke sembilan serta memberikan kemenangan ke 102 buat Toyota untuk menyamai rekod Citroen pada hujung minggu yang lalu.
Kejayaan juara dunia lapan kali itu menamatkan minggu penampilan semula yang luar biasa setelah beliau bermula dengan ketinggalan hampir 40 saat disebabkan mengalami tayar kempis tayar pada hari Jumaat tetapi berakhir dengan kemenangan rali dan melonjak kepada hanya sembilan mata di belakang pendahulu kejuaraan Elfyn Evans.

Kejayaan ke-18 Sebastien Ogier untuk Toyota juga menjadikannya pemandu pengeluar Jepun yang paling berjaya suatu rekod yang pernah dikongsinya dengan rakan sepasukan Kalle Rovanperä.
Sungguh pun berjaya muncul sebagai juara, Sebastien Ogier sebenarnya mengalami sedikit kekecewaan ketika peringkat akhir Wolf Power Stage dengan cuaca yang mula turun setelah sebelumnya berjaya dengan cemerlang dengan cuaca yang panas dan terang.
Nasib malang juga menimpa pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Adrien Fourmaux ketika peringkat Wolf Power Stage setelah selesa menduduki tempat kedua keseluruhan sepanjang perlumbaan dengan bayangan podium akan menjadi keputusan terbaik yang pernah diraih. Namun pemandu Perancis ini hanya berupaya menamatkan peringkat akhir ini di tempat kelapan terpantas dan jatuh ke tempat keempat keseluruhan di akhir perlumbaan.
Seorang lagi pemandu Toyota Gazoo Racing, Elfyn Evans berjaya meraih podium kedua dengan mengenepikan saingan terdekat Thierry Neuville dengan hanya kelebihan satu saat untuk memastikan beliau kekal mendahului pungutan mata selepas tamat 10 perlumbaan.

Thierry Neuville yang muncul sebagai pemenang untuk Wolf Power Stage ternyata cukup lega untuk meraih podium terakhir sekali gus mengenepikan saingan rakan sepasukan Adrien Fourmaux dengan hanya perbezaan 1.3 saat dalam perebutan podium terakhir.
Ternyata dominasi Toyota dalam saingan WRC 2025 tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya memenangi sembilan daripada 10 perlumbaan setakat ini dan telah menyamai rekod 102 kemenangan yang dicatakan oleh Citroen sebelum ini.
Kedudukan Pungutan Mata
- Elfyn Evans – 198 mata
- Kalle Rovanpera – 191 mata
- Sebastien Ogier – 189 mata
Kredit Foto : WRC
BACA : WRC 2025 – AKHIRNYA KALLE ROVANPERA MENANG DI BUMI SENDIRI FINLAND
BACA : WRC 2025 – KISAH DONGENG OLIVER SOLBERG YANG MENANG DI DELFI RALLY ESTONIA

