Buletin

WRC 2025 – KISAH DONGENG OLIVER SOLBERG YANG MENANG DI DELFI RALLY ESTONIA

Pada awalnya mungkin beliau tidak menyangka sama sekali bahawa beliau akan kembali memandu jentera Rally1 setelah dilihat gagal dalam aksi kelas tersebut beberapa tahun lalu. Tapi di Delfi Rally Estonia barangkali adalah permulaan untuk sebuah kebangkitan buat anak muda berasal dari Sweden, Oliver Solberg untuk menang buat pertama kali dalam saingan perlumbaan WRC mengiktu jejak langkah bapanya, juga seorang lagenda Petter Solberg.

Oliver Solberg, 23 tahun berjaya melakukan kejutan di hadapan kesemua pemandu elit kelas WRC yang lain apabila berjaya mempamerkan pemanduan yang handal dan bergaya meliputi permukaan berbatu kerikil yang pantas di selatan Estonia bagi meraih kemenangan ketika membuat debut pemanduan bersama jentera Toyota GR Yaris Rally1, mengulangi pencapaian kira – kira 20 tahun yang lalu ketika bapanya meraih kemenangan terakhir dalam kelas WRC pada tahun 2025.

Ajaibnya, Oliver Solberg bersama Juruarah Elliott Edmondson hanya dikhabarkan untuk beraksi dalam kelas WRC kira – kira seminggu sebelum perlumbaan dan hanya sempat melakukan sesi pandu uji selama dua hari sahaja. Beraksi di kelas WRC kali ini mengulangi debut beliau ketika beraksi bersama Hyundai ketika Repco Rally New Zealand pada tahun 2022. Dan kali ni Oliver Solberg tidak membuang masa untuk berjaya mencatatkan keputusan terpantas dalam SS ketika memulakan saingan pada hari Jumaat untuk mula mengejutkan kesemua peminat dan peserta.

Dan momentun tersebut diterukan sehingga hari terakhir saingan untuk terus mendahului yang lain dan berjaya mencatatkan perbezaan masa 25.2 saat di belakang mantan juara WRC 2019, Ott Tanak sekali gus memberikan kemenangan ke 100 buat Toyota dalam pentas WRC.

Sementara itu pemandu tuan rumah yang sepatutnya menjadi pilihan, Ott Tanak pula seakan bertarung dengan jentera sendiri Hyunda i20 N Rally1 bagi mendapatkan kepantasan yang diperlukan harus akur untuk berada di podium kedua, setidaknya dilihat cukup baik berbanding pemandu WRC yang lain.

Paling penting, Ott Tanak berjaya meninggalkan pesaing rapat dalam kejuaraan WRC musim ini, Elfyn Evans yang mana pemandu pasukan Toyota tersebut hanya berpuas hati untuk berada di tempat keenam keseluruhan sahaja.

Dan menggembirakn pasukan Hyundai Motorsport sudah tentu podium ketiga yang menjadi milik penyandang juara WRC musim lalu, Thierry Neuville dengan ketinggalan 23.1 saat di belakang Ott Tanak.

Kalle Rovanpera pula menduduki tempat keempat keseluruhan setelah turut bertarung dengan jentera sendiri bagi mencari kepantasan yang tidak diketemui dengan ketinggalan 7.3 sahaja di belakang Thierry Neuville. Untuk rekod, Kalle Rovanpera adalah juara tiga kali perlumbaan di Estonia ini.

Perlumbaan berikutnya akan diadakan di Secto Rally Finland pada hujung bulan ini.

Kredit Foto : WRC

BACA : OLIVER SOLBERG MULA MENGUJI JENTERA RALLY1 SEBAGAI PERSEDIAN UNTUK BERAKSI DI ESTONIA MINGGU INI

BACA : WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG HEBAT MENANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE

Google ads

B K

Back to top button