Buletin

WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER TERBUKTI MASIH LAGI HANDAL UNTUK MENANG DI VODAFONE RALLY DE PORTUGAL

Pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Sébastien Ogier melebarkan rekodnya di Vodafone Rally de Portugal bagi, meraih kemenangan ketujuh dalam perlumbaan tersebut sekali gus memberikan pasukan Toyota meneruskan permulaan yang sempurna untuk kempen 2025 dengan kemenangan kelima berturut – turut.

Sébastien Ogier bersama Juruarah Vincent Landais, Ogier melengkapkan empat hari dengan permuknaan berbatu kerikil berjaya menewaskan di hadapan Ott Tänak dengan hanya 8.7 saat. Melengkapkan podium terakhir adalah rakan sepasukan Sebastien Ogier yang turut memandu jentera GR Yaris Rally1 Kalle Rovanperä ketinggalan 3.5 saat di belakang pemenang podium kedua.

Kemenangan WRC ke-63 buat pemandu lagenda dari Perancis itu sebetulnya hampir tidak menjadi nyata setelah dibayangi dengan kepantasan oleh pemandu Hyundai Ott Tanak yang muda mendahului sebelumnya.

Cuma malang menimpa bekas juara WRC tersebut apabila jentera Hyundai i20 N Rally1 yang dipandunya mengalami masalah dengan stereng kuasa sekali gus membolehkan Sebastien Ogier mula memimpin senarai pendahulu dengan Ott jatuh ke tempat ketiga dengan Kalle Rovanpera menduduki tempat kedua keseluruhan ketika itu.

Pun begitu keduanya berusaha keras untuk mengejar Sebastien Ogier pada hari terakhir namun Ott Tanak dilihat lebih handal untuk meraih mata maksimum ketika Super Sunday dan merampas tempat kedua keseluruhan dengan Kalle Rovanpera menduduki podium terakhir.

Dengan kemenangan Sebastien Ogier setakat ini membolehkan dua lagi rakannya Kalle Rovanpera dan Elfyn Evans memenangi perlumbaan WRC musim 2025 dengan cemerlang untuk lima perlumbaan sehingga kini.

Untuk Kalle Rovanpera, keputusan di Portugal ini berjaya mengurangkan defisit pungutan mata terhadap pendahulu Elfyn Evans kepada 30 mata dengan berbaki sembilan pusingan. Manakala Sebastien Ogier yang hanya berlumba secara sambilan sahaja kini mendudukio tempat ketiga keseluruhan manakala Ott Tanak berada di tempat keempat keseluruhan setakat lima perlumbaan.

Sementara itu juara bertahan Thierry Neuville menduduki tempat keempat keseluruhan ketinggalan 26.3 saat di belakang rakan sepasukan Ott Tanak dengan beliau mengalami sedikit masalah dengan jentera Hyundai i20 N Rally1 dipandunya.

Seorang lagi bintang pasukan Toyota, Takamoto Katsuta akur untuk menduduki tempat kelima keseluruhan

Takamoto Katsuta mengharungi rali yang mengecewakan, ditambah lagi dengan pusingan di pentas kedua terakhir. Pemandu Jepun itu telah berlari setinggi kedua pada hari Jumaat tetapi berakhir lebih seminit di belakang Neuville di tempat kelima.

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC 2025 – KALLE ROVANPERA UNGGUL DI RALLY ISLAS CANARIAS

BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER CEMERLANG DI TEMPAT SENDIRI RALLYE MONTE-CARLO

Google ads

B K

Back to top button