
YAMAHA XMAX 300 BAKAL LANCAR DI KARNIVAL GENBLU YAMAHA?
Sekitar Februari lalu, kami telah pun melaporkan bahawa Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan memperkenalkan Yamaha XMAX 300 untuk pasaran Malaysia buat julung kalinya tahun ini.

Terbaru, kami difahamkan bahawa XMAX 300 itu berkemungkinan besar akan diperkenalkan secara rasmi di Karnival GenBlu Yamaha yang akan berlangsung pada 9 Ogos ini.
Atas kertas, XMAX 300 dikuasakan enjin satu silinder 292cc SOHC yang berupaya menjana 28hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm.

Bagi pasaran Thailand, XMAX 300 hadir dalam trim Tech Max sekaligus dilengkapi dengan suspensi Öhlins di bahagian belakang.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- ABS dual-channel
- traction control
- Yamaha Y-Connect
- tangki 13L
- berat 185kg
Menariknya, HLYM dikhabarkan akan melancarkan beberapa model baharu untuk pasaran tempatan berdasarkan teaser yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan teaser tersebut, hampir pasti merujuk kepada model sportsbike dari keluarga YZF. Namun begitu, teaser tersebut mungkin juga sekadar taktik untuk mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat jenama Jepun itu disini.







