
WRC2 2025 – PEMANDU TUAN RUMAH ROBERTA DAPRA CIPTA KEJUTAN UNTUK MENANG
Bintang muda rali Itali, Roberto Daprà mempamerkan kekecewaan yang menakjubkan di laman sendiri di Rally Italia Sardegna, terselamat pada perlumbaan akhir yang huru-hara untuk merangkul kemenangan sulungnya WRC2 dengan meraih kemenangan yang dramatik pada hari Ahad.
Anak muda daripada pasukan ACI Team Italia yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 itu memulakan hari terakhir perlumbaan dengan berada di tempat kelima dalam kelas WRC2 dan berkemunkinan besar hanya akan menamatkan perlumbaan di sekitar kedudukan itu, jauh sekali bermimpikan podium. Namun disebabkan rantaian nasib malang yang menimpa pendahulu di hadapannya membuka peluang untuk beliau muncul sebagai pemenang di bumi sendiri.

Drama mula menimpa pendahulu perlumbaan Emil Lindholm apabila jentera Skoda Fabia RS Rally2 yang dipandu terbabas ketika SS14. Situasi tersebut membolehkan pemandu dibelakangnya, Lauri Joona juga memandu jentera Skoda berpeluang menjadi pendahulu. Namun malang menimpa SS berikutnya apabila mengalami masalah tayar pancit dan kehilangan posisi pendahulu.
Pendahulu berikutnya Kajetan Kajetanowicz juga mengalami nasib yang serupa dengan jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang dipandunya pada SS15. Kemudiannya barulah nama Roberto Daprà muncul sebagai pencabar untuk kejuaraan WRC2 di Itali ini.

Roberto Daprà sempat mendahului Kajetan Kajetanowicz dengan kelebihan hanya 4.1 saat ketika menuju ke Wolf Power Stage namun pemandu muda Itali tersebut sempat berpusing dan kehilangan sedikit masa. Namun beliau kembali mengejar untuk meraih kemenangan dengan hanya kelebihan 5.8 saat sekali gus meraikan kemenangan sulung beliau dalam pentas WRC2 ini dibumi sendiri.
Podium kedia menjadi milik pemandu Republik Czech Martin Prokop yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 dengan podium terakhir diraih oleh Jan Solans yang memandu Toyota GR Yaris Rally2 untuk mengutip mata.
Sebetulnya terdapat dua lagi nama bintang WRC2 yang berjaya menduduki tempat teratas, Oliver Solberg dan Nikolay Grayazin dengan masing – masing menduduki tempat keenam dan kelapan keseluruhan untuk kesemua pemandu. Namun kedua mereka memutuskan untuk tidak mengutip sebarang mata di Itali.
Kredit Foto : WRC
BACA : WRC2 2025 – NIKOLAI GRYAZIN BERSEDIA MEMBURU KEJAYAAN DI RALLY ISLAS CANARIAS
BACA : WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG KEMBALI MENANG DI PORTUGAL



