
WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG KEMBALI MENANG DI PORTUGAL
Pemandu pilihan dalam kelas WRC2, Oliver Solberg berjaya mempamerkan persembahan cemerlang untuk meraih kemenangan kedua WRC2 musim ini di Vodafone Rally de Portugal.
Oliver Solberg yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2, cuba menebus kehampaan ketika kempen musim 2024 apabila beliau mempamerkan pemanduan yang handal untuk terus mendahului saingan di Portugal sedari awal perlumbaan lagi. Dan akhirnya Oliver Solberg berjaya mengenepikan saingan daripada pencabar Yohan Rossel yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 dengan kelebihan 51.8 saat.

Malah, walau pun telah berada dalam posisi yang selesa untuk menang, Oliver Solberg bersama Juruarah Elliott Edmondson meneruskan rentak cemerlang ketika perlumbaan hari Ahad apabila masih berupaya mendapatkan tiga lagi kemenangan peringkat perlumbaan. Kini pemandu berasal dari Sweden tersebut hanya berada tujuh mata di belakang Yohan Rossel dengan kedua mereka telah pun beraksi tiga daripada tujuh perlumbaan maksimum yang dibenarkan untuk mengutip mata setakat ini.
Pemandu berasal Perancis Yohan Rossel merampas tempat kedua pada pagi Ahad, merampas posisi daripada Gus Greensmith pada perlumbaan awal ketika melewati kawasan Felgueiras.

Gus Greensmith, yang memandu Škoda Fabia RS Rally2, menghadapi sedikit masalah dengan pedal brek serta memaklumkan bahawa beliau turut menghadapi masalah dari segi keseimbangan selepas membawa dua roda ganti di dalam jentera yang dipandu. Akhirnya pemandu dari Britain itu menamatkan saingan 16.4 saat di belakang Yohan Rossel untuk muncul sebagai pemenang podium terakhir.

Pemandu muda Finland Roope Korhonen yang baharu sahaja merasai kemanisan sebagai pemenang perlumbaan di pentas FIA ERC di Hungary berjaya membuktikan sesuatu di pentas WRC2 apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat keseluruhan sekali gus memberikan pencapaian terbaik buat bekas juara WRC3 itu setakat ini. Tempat kelima keseluruhan menjadi milik seorang lagi pemandu Toyota GR Yaris Rally2, Jan Solans dengan ketinggalan 1 minit 6.7 saat di hadapan Roope Korhonen.
Dengan keputusan ini juga membolehkan Roope Korhonen muncul sebagai pendahulu untuk kategori WRC2 Challenger musim ini.
Kredit Foto : At World
BACA : WRC2 2025 – YOHAN ROSSEL MENDAHULUI SENARAI PEMANDU SETELAH MENANG DI RALLY ISLAS CANARIAS
BACA : ERC 2025 – BINTANG MUDA RALI FINLAND ROOPE KORHONEN MENANG DI STAFF HOUSE RALLY HUNGARY