Buletin

WRC2 2025 – PEMANDU TUAN RUMAH JAN CERNY MENANG DI HALAMAN SENDIRI

Pemandu rali berasal dari Republik Czech Jan Černý berjaya menceriakan peminat tuan rumah apabila berjaya muncul sebagai pemenang kategori WRC2 di Central European Rally, suatu peristiwa yang pastinya menjadi idaman buat mana – mana pemandu apabila beraksi di halaman sendiri.

Jan Černý bukan sahaja menggembirakan penyokong tempatan yang pastinya jentera yang dipandu Skoda Fabia RS Rally2 juga beraksi hebat di bumi kelahiran sendiri. Dengan memandu Skoda Fabia RS Rally2 yang disediakan oleh Brynda Racing, Jan Černý mengekalkan ketenangannya sepanjang tiga peringkat terakhir untuk menamatkan 30.1 saat lebih pantas daripada rakan senegaranya Filip Mareš, yang keputusan naib juaranya juga menandakan podium pertamanya dalam kategori tersebut.

Rezeki ternyata memihak kepada Jan Černý apabila Alejandro Cachón mengalami masalah dengan sistem suspensi dengan jentera Toyota GR Yaris Rally2 manakala Léo Rossel’ pula mengalami masalah dengan alternator terhadap jentera Citroen C3 Rally2 membolehkan beliau untuk berada di hadapan ketika perlumbaan hari Ahad dimulakan.

Kemenangan tersebut pastinya cukup menggembirakan buat Jan Černý setelah mengalami kekecewaan di Rally Finland sebelumnya dan kemenangan ini pastinya lebih bermakna apabila diraih di bumi sendiri,

Manakala rakan senegara Filip Mareš yang memandu jentera Toyota GR Yaris pastinya lebih menggembirakan penyokong tempatan dengan keputusan 1 – 2 untuk Republik Czech.

Melengkapkan podium terakhir adalah pemandu dari Itali Roberto Daprà yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Ini adalah kemenangan podium terkini yang diraih sementelah memenangi perlumbaan di Rally Italia Sardegna pada awal musim kempen WRC2 2025. Keputusan ini membolehkan Roberto Daprà berada di kedudukan kedua keseluruahan untuk WRC2 Challenger.

Pemandu dari Ireland Eamonn Boland menduduki tempat keempat keseluruhan serta pemandu dari Bulgaria Nikolay Gryazin melengkapkan senarai lima pemandu teratas.

Oh ya, juara WRC2 musim ini Oliver Solberg juga sebenarnya turut menyertai perlumbaan kali ini cuma beliau tidak mengutip mata, hanya sekadar beraksi melepaskan geram apabila beliau sebenarnya masih lagi terpantas di kalangan pemandu kelas WRC2 termasuklah Jan Černý sendiri.

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC2 2025 – GILIRAN YOHAN ROSSEL PULA TERSAKITI MUSIM INI

BACA : SAINGAN WRC2 SEMAKIN HANGAT DAN SENGIT MENUJU KE PERLUMBAAN DI PARAGUAY

Google ads

B K

Back to top button