
GIVI M35.1 SCUDO II EDISI LCR MENDARAT – HANYA 2,000 UNIT, RM460
GIVI Malaysia melancarkan barisan produk baharu sempena GIVI Connect 2026 antaranya sebuah helmet edisi terhad.
Helmet M35.1 Scudo II kini hadir dengan edisi LCR 2026 yang menampilkan gabungan warna merah dan hijau yang merupakan warna ikonik LCR di MotoGP.

Selain itu, logo GIVI turut terpampang di bahagian belakang dengan warna merah dan putih sementara nama LCR Team tertera di bahagian sisi.
Menurut GIVI Malaysia, M35.1 Scudo II LCR Limited Edition 2026 ini terhad kepada 2,000 unit sahaja dan hadir dengan saiz M hingga 2XL. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan helmet ini dengan harga jualan RM460.

Sementara itu, GIVI Malaysia turut memperkenalkan baju hujan ER502, lampu kabus FL001 X-Beam, kotak B39N/NT, C34N/NT serta soft-bag Stealth RSN04ST dan RSN01ST.
GALERI: GIVI CONNECT 2026














