Buletin

CHERY SUPER HYBRID TAMATKAN JELAJAH GLOBAL DI WUHU

Jelajah global Chery Super Hybrid (CSH) Endless Horizons menutup tirainya tahun ini di bandar asal Chery, Wuhu, selepas menyempurnakan peringkat akhir yang bermula dari Taiyuan, wilayah Shanxi. Acara ini turut berlangsung menjelang Sidang Pengguna Antarabangsa Chery 2025.

Dilancarkan pada April lalu, konvoi CSH telah mengharungi perjalanan epik merentasi lebih 20 negara di Asia, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah dengan jarak keseluruhan melebihi 20,000 kilometer.

Sepanjang ekspedisi, barisan model CSH membuktikan kehebatan teknologi hibrid Chery apabila berjaya menakluk pelbagai bentuk muka bumi, dari padang pasir dan dataran tinggi hinggalah ke hutan hujan tropika.

Dalam peringkat penutup kali ini, peserta dari lebih 20 negara termasuk Malaysia, Thailand, Greece, Brazil dan Kazakhstan mengemudi model TIGGO 7 PHEV CSH, TIGGO 8 PHEV CSH serta TIGGO 9 PHEV CSH, menempuh perjalanan sejauh lebih 1,400 kilometer di tanah besar China.

Laluan yang dipilih bukan sahaja mencabar dari segi geografi, malah kaya dengan nilai sejarah dan budaya, merentasi selekoh gunung, lebuh raya moden serta laluan desa yang damai.

Sepanjang perjalanan, peserta turut berpeluang merasai sendiri pelbagai inovasi terkini daripada Chery seperti bekalan kuasa luaran, sistem bantuan parkir automatik (APA) dan penambahbaikan tahap kesenyapan kabin melalui teknologi NVH.

Bagi memastikan ketelusan, setiap tangki bahan api kenderaan dimeterai sebelum pelepasan, manakala kemas kini perjalanan dikongsi setiap hari menerusi saluran rasmi Chery International.

Penamatan CSH Global Endurance Drive 2025 ini sekali lagi menegaskan komitmen Chery terhadap pembangunan teknologi hibrid yang bukan sahaja cekap tenaga, malah mampu memberikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Google ads
Back to top button