Buletin

SAINGAN WRC2 SEMAKIN HANGAT DAN SENGIT MENUJU KE PERLUMBAAN DI PARAGUAY

Saingan pemburuan tahta kejuaraan WRC2 bagi perlumbaan World Rally Championship 2025 semakin hangat dan sengit ke perlumbaan menuju ke lokasi berikutnya di RC ueno Rally del Paraguay pada hujung minggu nanti.

Pendahulu senarai kejuaraan tahta WRC2 masih lagi dipegang oleh Oliver Solberg tetapi dengan kelebihan mata yang cukup tipis, hanya perbezaan tiga mata di belakang lawannya. Akan tetapi perebutan tahta kejuaraan sebenarnya masih lagi terbuka luas.

Pemandu berasal Sweden yang memandu jentera Toyota GR yaris itu mendahului kedudukan dengan 85 mata menjelang perlumbaan ke-10 dalam kalendar musim ini, tetapi peristiwa kegagalan beliau menamatkan perlumbaan sewaktu berlumba di Finlandia secara tidak langsung kembali memberikan harapan kepada pemandu Perancis yang konsisten, Yohan Rossel, yang berada di kedudukan kedua dengan 82 mata yang memandu jentera Citroën C3 Rally2.

Dengan baki lima perlumbaan dalam kalendar 2025, kesemua pencabar kejuaraan utama mengesahkan untuk penampilan sulung WRC Paraguay minggu ini sekaligus menyaksikan perebutan kejuaraan semakin hangat.

Oliver Solberg setakat ini telah berjaya meraih tiga kemenangan WRC2 musim ini di Sweden, Portugal dan Greece. Akan tetapi peristiwa malang di Finland menyaksikan beliau telah kerugian pungutan mata disebabkan beliau telah memilih untuk mengutip di Finland dengan enam keputusan terbaik daripada tujuh aksi untuk mengutip mata dalam pemburuan mata kejuaraan WRC2.

Sementara itu Yohan Rossel yang turut menang di Monte-Carlo dan Canary Island serta podium di Portugal dan Greece turut keciciran mata ketika mengalami nasib malang di Itali walau pun telah memilih untuk mengutip mata.

Di belakang mereka, pemenang Finland Roope Korhonen telah naik ke tempat ketiga dengan 69 mata daripada lima permulaan, dengan Gus Greensmith di tempat keempat dengan 57 mata walaupun hanya bertanding dalam tiga perlumbaan untuk mengutip mata.

Seorang lagi pemandu Nikolay Gryazin, yang hanya mempunyai 15 mata daripada dua permulaan tetapi masih boleh memenangi kejuaraan secara matematik. Pendekatan taktikal lewat musim beliau – dengan pemandu Škoda ini dijangka bertanding kesemua lima baki pusingan juga boleh dilihat untuk mengacau mereka di atas untuk membuktikan sesuatu.

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC2 2025 – ROOPE KORHONEN JUGA MENANG DI BUMI SENDIRI

BACA : WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG HEBAT MENANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE

Google ads

B K

Back to top button