XIAOMI SU7 BUKAN UNTUK MENGGEGAR LITAR – KAU PAKAI EV SEBAB NAK JIMAT KAN?
Dilihat atas kertas, Xiaomi SU7 Max memang menepati ciri sports sedan sebenar. Ia mampu menghasilkan 663 hp kuasa maksima dan boleh membuat pecutan 0-100 kmj hanya dalam masa 2.8 saat. Malah jarak operasi yang hampir mencecah 800 kilometer dengan sekali cas dan hampir sama dengan jarak setangki penuh kereta ICE.
Semuanya setanding kecuali SU7 tidak mempunyai sistem brek yang bersesuaian untuk kegunaan di liter seperti sebuah kereta sports biasa.
Pada bulan April lepas seorang pempengaruh China mengalami detik mencemaskan selepas SU7 yang dipandu di litar Shanghai Tianma terbabas semasa cuba memasuki selekoh. Walaupun mencuba beberapa kali untuk membetulkan arah stereng ternyata EV tersebut gagal dikawal yang menghentam benteng penahan. Pempengaruh bernama Tang Zhu menunjukkan keadaan brek kereta tersebut yang semasa kejadian baru sahaja memasuki pusingan kelima.
Pada bulan Jun pula seorang lagi pempengaruh menerima nasib yang sama bila brek SU7 mengalami kegagalan sewaktu dipandu di litar. Siap berpusing lagi selepas langgar dinding dan tempat duduk pemandu berkecai macam dihasilkan daripada kad bod.
Xiaomi dalam kenyataan akhbar menerangkan yang SU7 Max bukan dihasilkan untuk kegunaan di litar. Mereka mengingatkan pengguna yang ia adalah sebuah kereta mewah berprestasi tinggi untuk kegunaan di jalan raya dan bukan sebaliknya. Pengguna dilarang memandunya seperti pemandu professional di litar.
Sistem brek SU7 Max menggunakan pad NAO (non asbestos organic) dan ia hanya sesuai untuk pemanduan biasa sehari-hari. Ia dihasilkan dengan keseimbangan antara prestasi brek, kurang bunyi bising dan kegunaan seharian.
Ia jelas sekali bertentang dengan keadaan di dalam litar yang serba ekstrim. Kadang-kadang kami pun tak faham apa perlunya menguji kereta EV macam nak uji kereta lumba JGTC. Bukan ke tujuan pembeli EV untuk penjimatan dan kelestarian alam sekitar? Bawa pergi kerja, pasar dan berkelah menikmati alam semula jadi dah la.
Pad brek NAO memang sesuai untuk kegunaan sehari-hari tapi untuk kegunaan litar memang bermasalah. Malah SU7 Ultra yang baru sahaja pecahkan rekod kelajuan di Nurburgring bulan lepas pun guna brek cakera seramik karbon depan dan belakang tahu. Ia mampu menahan suhu sehingga 1,300°C. Itu baru betul untuk kegunaan litar.
Malah brek Brembo yang dipasang pada SU7 Max sebenarnya lebih kecil dari yang dipasang pada Honda CR-V. CR-V ada satu pertiga je kuasa SU7 kot.
Rasanya Xiaomi kena belajar dengan Hyundai Ioniq 5 N dan Porsche Taycan Turbo GT yang menggunakan brek bersaiz gergasi berbanding model standard. Mana cukup naik taraf kuasa je bae.