Motosikal

RASMI: EZI RAY-01 DIPERKENALKAN – HANYA RM2,288 DENGAN REBAT MFORCE.CAS

Orang ramai yang sedang mencari kenderaan mobiliti alternatif kini boleh mempertimbangkan tawaran terbaru dari MForce Bike Holdings menerusi skuter elektrik EZI Ray-01 baharu. 

Menariknya, orang ramai boleh mendapatkan RAY-01 ini dengan harga hanya RM2,288 selepas rebat RM2,400 sempena program MForce.CAS yang berjalan sehingga 30 Jun 2026. 

Menggerakan Ray-01 adalah hub motor 2kW yang menawarkan jarak gerak sehingga 120kilometer dengan kelajuan maksima yang mampu mencecah 68km/j. Ini menjadikan Ray-01 sesuai sebagai mobiliti jarak dekat bagi tujuan rekreasi atau ulang alik ke tempat kerja. 

Antara perincian ditawarkan termasuk meter diigital, port USB Type-A, sistem keyless (kad NFC), lampu LED penuh dengan DRL (daytime running light).

Menurut MForce, EZI Ray-01 didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang tiba dahulu). Mforce turut menjaminkan akses mudah kepada alat ganti tulen. 

Google ads
Back to top button