
Motosikal
YAMAHA EZ115 DAPAT WARNA BAHARU – RM5,698
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan tiga warna baharu bagi Yamaha EZ115 bagi tahun 2026.



Orang ramai kini boleh mendapatkan EZ115 dengan warna biru, kelabu dan hijau dan boleh didapati dengan harga jualan RM5,698 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Selain warna, Yamaha EZ115 ini masih lagi mengekalkan ciri yang sama termasuk enjin satu silinder 114cc SOHC dengan penyejukan udara yang berupaya menjana 8.6hp pada 7,000rpm dan 9.5Nm pada 5,500rpm.
Antara kelebihan utama EZ115 adalah ruang simpanan di bawah tempat duduk yang luas bagi sebuah kapcai dan boleh memuatkan barangan keperluan antaranya baju hujan.

Setiap pembelian Yamaha EZ115 akan disertakan kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100.







