
RASMI: GRACSHAW BUKA CONCEPT STORE PERTAMA DI MALAYSIA
Jenama helmet tempatan, Gracshaw mengorak langkah kedua terbesar selepas penjenamaan semula dengan pelancaran Gracshaw Concept Store pertama seumpamanya.

Bertempat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Concept Store ini adalah antara usaha Gracshaw dalam mengetengahkan jenama itu bukan sahaja di Malaysia malah mengangkat jenama tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Concept Store ini hanya akan menjual barisan produk terbaru dari Gracshaw termasuk Gennex II, Glaive dan Gladeon yang juga baru sahaja dilancarkan.
Ketika majlis pelancaran Concpet Store ini, Gracshaw turut berkesempatan memperkenalkan barisan grafik baharu bagi Gladeon dan Glaive.

Untuk rekod, projek keseluruhan Gracshaw yang membawa kepada barisan produk baharu sebelum ini dan terbaru Concept Store merupakan antara langkah baharu jenama itu untuk pergi lebih jauh.









