Motosikal

KTM RC 450, BAKAL LANCAR 2026 – ENJIN CFMOTO, 55HP

Selepas pelbagai khabar angin akhirnya kita dapat melihat rupa sulung jentera entry-level terbaru dari KTM menerusi RC 450. 

Gambar tersebut tertiris di China ekoran KTM memfailkan dokumen kelulusan jenis (VTA) di sana baru-baru ini. Perkembangan terbaru ini harus diberikan perhatian ekoran ini kali pertama KTM mengguna pakai enjin CFMoto julung kalinya sejak kedua-duanya memeterai kerjasama pada tahun 2013.

Berdasarkan dokumen tersebut, RC 450 bakal debut sekitar tahun 2026 dan ditempatkan di atas RC 390 – dengan generasi terbaru akan turut diperkenalkan tidak lama lagi. 

Menariknya, meskipun berkongsi platform sama dengan CFMoto 450 SR namun enjin dua silinder 449.5cc dengan sistem penyejukan cecair ini menghasilkan kuasa yang lebih tinggi dengan 55.3hp berbanding 50hp pada 450 SR. 

Antara kelengkapan lain yang disebut dalam dokumen tersebut termasuk suspensi WP Apex dengan pelarasan rebound dan compression, steering damper dari WP serta berat 168kg. 

Meskipun rupa keseluruhan berbeza dengan 450 SR namun model yang akan dilancarkan itu berkongsi kerangka trellis dan swingarm yang sama. 

Google ads
Back to top button