
RASMI: KAWASAKI NINJA 1100 SX GENERASI KE-5 KINI DI MALAYSIA – RM71,400
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selaku pengedar rasmi jenama motosikal Kawasaki di Malaysia dengan rasminya melancarkan Kawasaki Ninja 1100 SX baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM71,400.
Atas kertas, Ninja 1100 SX baharu itu dikuasakan enjin empat silinder 1,099cc DOHC yang berupaya menjana 134hp pada 9,000rpm dan 113Nm pada 7,600rpm.

Sebagai jentera sport-touring, Ninja 1100 SX ini bukan sahaja menawarkan kuasa yang jitu malah tahap keselesaan yang lebih praktikal yang disumbangkan penghadang angin boleh laras, ergonomik yang lebih baik dan aerodinamik yang efisien.
Selain itu, Ninja 1100 SX ini juga dilengkapi dengan pakej elektronik terkini termasuk:
- Kawasaki Cornering Management Function (KCMF)
- Kawasaki Traction Control (KTRC)
- Anti-lock Braking System (ABS)
- Power Modes
- Riding Modes

Kelengkapan lain tersedia terdiri dari suspensi USD 41mm boleh laras di hadapan dengan penyerap hentak jenis back-link dibelakang. Brek pula terdiri dari cakera 300mm depan dan 250mm belalang.
Perincian lain tersenarai termasuk lampu LED, skrin TFT yang boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi aplikasi Rideology serta tangki bahan api berkapasiti 19L.









