
10 EV TEPAKAI YANG BERBALOI UNTUK BELI
Tahun 2022 menjadi titik perubahan besar industri EV di Malaysia apabila kerajaan mengumumkan pengecualian cukai untuk EV import (CBU). Mulai saat itu pasaran tempatan terus dibanjiri EV recond dan grey importer daripada jenama Tesla, Honda , MG, Volkswagen, Ford, sampailah ke model-model Eropah yang sebelum ini hanya mampu tengok dalam YouTube.
Dalam masa sama, jenama arus perdana pun mula masuk serius dengan EV rasmi seperti Hyundai Ioniq 5, Kona Electric, Kia EV6, BMW i-series, Mercedes-EQ dan banyak lagi. Tapi semua orang tahu, 2025 ialah tahun penamat cukai CBU EV. Mulai tahun 2026, hanya EV CKD yang masih menikmati insentif.
Artikel ini menyenaraikan 10 kereta EV terpakai yang boleh dipertimbangkan untuk dibeli, disusun berdasarkan populariti, nilai terbaik wang yang dibelanjakan dan keunikan.
1. BMW i3 (2020) – EV Premium Yang Harga Dah Murah
Kalau anda rajin membelek Facebook Marketplace, kadang-kadang anda boleh jumpa BMW i3 sekitar RM99,000 sahaja. Model ni asalnya kereta futuristik dengan harga lebih RM270,000 masa baru.
BMW i3 menggunakan casis karbon, menjadikannya ringan, menghasilkan pecutan spontan dan rasa pemanduan BMW. Dengan kuasa sekitar 181hp dan jarak lebih kurang 345km, ia cukup sesuai untuk penggunaan bandar.
2. Mitsubishi i-MiEV – EV Jepun Paling Rare
Ketika dilancarkan model ini boleh mencecah harga RM 136,000 bagi unit baru. Beberapa tahun lepas, Mitsubishi i-MiEV pernah dijual sekitar RM60,000, tapi sekarang kewujudan model ini hampir pupus dari pasaran. EV ini kecil, kompak, pelik tapi unik. Model 2013 menawarkan kuasa 67hp dengan jarak sekitar 150km (NEDC) yang menjadikannya sangat ideal untuk kegunaan bandar
3. Nissan Leaf Gen Pertama
Nissan Leaf generasi awal merupakan kereta elektrik pertama di dunia yang dihasilkan secara bersar-besaran, dan unit terpakai boleh didapati serendah RM40,000 menjadikannya EV termurah di pasaran. Namun isu utama ialah generasi pertama tidak dilengkapi dengan sistem penyejukan bateri
Keadaan ini menyebabkan bateri ini mengalamai masalah degradasi akibat haba. Nissan Leaf juga guna pengecas Type 1, menjadikan isu pengecasan agak kritikal memandangkan Malaysia menggunakan Type 2 dan pengecasan pantas DCFC. Semasa KLIMS 2013, Nissan Leaf baru dijual sekitar RM170,000 dengan kuasa 120hp dan jarak 195km. Murah, praktikal, tapi beli dengan mata terbuka.
4. Renault ZOE
Renault ZOE generasi awal sekarang boleh dibeli di pasaran terpakai pada harga sekitar RM40,000 hingga RM60,000. Dari segi teknologi bateri dan BMS, ZOE sebenarnya lebih baik daripada Nissan Leaf. Model 2016 datang dengan kuasa 87hp dan jarak sekitar 210km. Sebagai perbandingan Renault masih menjual ZOE generasi baharu sehingga 2023 pada harga RM165,000.
5. BYD Dolphin
BYD Dolphin unit terpakai boleh didapati pada harga sekitar RM50,000, sedangkan harga baru sekitar RM100,000. Ini antara contoh terbaik kejatuhan harga EV baru yang cepat tapi masih relevan. Malah, ada kes Atto 2 yang jatuh ke paras RM80,000 lepas diskaun. BYD Dolphin sesuai untuk kegunaan setiap hari, senyap, praktikal dan paling penting, jarak realistik untuk bandar.
6. Porsche Taycan
Kalau nak EV yang betul-betul buat orang lupa kereta petrol, Porsche Taycan ialah jawapannya dimana unit recond dan terpakai sekarang boleh dibeli bermula pada harga sekitar RM250,000. Cuma anda kena berhati-hati dengan unit Jepun yang guna Type 1 atau CHAdeMO.
Kalau ada peluang beli unit Porsche Malaysia unregister, itu paling ideal. Dari segi pemanduan, Porsche Taycan ialah merupakan EV yang paling dinamik dengan steering responsif, casis dinamik, pecutan ganas, dan memberi rasa pemanduan ICE masih kuat.
7. Hyundai Ioniq 5 Lite
Dengan harga sedikit atas dari RM100,000, Hyundai Ioniq 5 Lite ialah antara EV terpakai paling berbaloi. Ia mengunakan platform sistem elektrik 800V, menyokokong DCFC 240kW, SUV besar, selesa dan lengkap dengan ADAS. Untuk keluarga kecil dan kegunaan harian, ini antara pilihan paling selamat.
8. Neta V
Neta V boleh didapati sekitar RM40,000–50,000, dengan rekabentuk dan teknologi yang masih dianggap baru (2023). Ia bukan EV fancy suka menunjuk, tidak premium, rekaan luarannya biasa sahaja. Tapi kalau tujuan anda membeli EV untukkegunaan harian, ulang-alik bandar, Neta V memang tidak banyak drama. Cuma anda kena ingat, cuba cek sokongan pusat servis di sini. Silap silap dah tutup
9. Mini Cooper SE (2022)
Mini Cooper SE unit terpakai boleh dibeli pada harga sekitar RM90,000, sedangkan harga baru hampir RM200,000. Jarak pemanduan ketika baru adalah sekitar 200km, tapi ini bukan kereta untuk perjalanan jarak jauh. Kalau anda perlukan EV bergaya, Mini SE masih relevan dan sangat bergaya
10. Mazda MX-30 – EV Untuk Orang Yang Suka “Rasa Kereta”
Mazda MX-30 terkenal dengan pengendalian yang sedap dan kemasan dalaman mewah, menawarkan rekaan tipikal DNA Mazda. Cuma ia hanya dipasang bateri kecil iaitu sekitar 35kWh, dengan jarak pemanduan 199km sahaja. Unit second jarang dijumpai, tapi kalau ada sekitar RM100,000, ini EV yang sesuai untuk pemandu yang masih nak rasa “kereta sebenar”.
So persoalan akhirnya, dah sampai masa ke untuk pakai EV?
Kalau anda suda ada pengecas AC di rumah, EV sangat praktikal bagi pemanduan bandar, dan untuk pemandu yang jarang sekalu outstaion luar bandar. Kalau masih tak nak pening kepala, pilih saja EV brand new jarak 200–300km dengan saiz besar, selesa untuk daily drive seperti Proton Emas 5

