
SYM HUSKY 150 SE TIBA DENGAN WARNA BAHARU BAGI 2026 – RM10,598
MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal SYM di Malaysia memperkenalkan pilihan warna baharu bagi SYM Husky 150 SE.
Bagi tahun 2026, Husky 150 SE didatangkan dengan warna Indigo Blue, White, Matte Grey dan Glossy Green dan boleh didapati dengan harga jualan RM10,598.

Selain warna, Husky 150 SE ini masih lagi mengekalkan ciri dan kelengkapan yang sama termasuk enjin satu silinder 150cc yang berupaya menjana 14.5hp pada 8,000rpm dan 14.5Nm pada 6,00rpm.
Husky 150 juga merupakan antara skuter 150cc terawal yang dilengkapi dengan ABS dwi-saluran dan traction control secara standard. Kedua-dua fungsi ini terus dikekalkan pada model SE.

Antara daya tarikan utama Husky 150 SE ini adalah kehadiran tangki bahan api berkapasiti 15L yang merupakan terbesar dalam segmennya.







