
10 KERETA JADI PILIHAN JUTAWAN “SENYAP” AMERIKA. BERJIMAT LEBIH BAIK
Menurut salah seorang pakar pengurusan kewangan iaitu David Ramsey, trend menunjukkan kemewahan dengan menggunakan kereta sudah lama berlalu. Kebanyakan jutawan di Amerika kini memilih untuk menggunakan kereta biasa dalam menjalankan urusan seharian dan memudahkan pergerakan mereka
Pendek kata jutawan masa kini lebih selesa untuk berjimat dan memandu kereta daripada jenama biasa, bukannya jenama ultra mewah. Kajian oleh Experian Automotive mendapati hampir 61% isirumah Amerika dengan pendapatan 250,000 USD tidak memandu kereta mewah, sebaliknya menggunakan kereta biasa seperti Honda, Toyota dan juga Ford.
Menurut Dave Ramsey lagi, apabila kebanyakan pengguna memilih untuk memandu kereta biasa, mereka berpeluang untuk menyimpan wang dan membina kekayaan melalui pelaburan. Menurut Consumer Report, kebanyakan kereta baru di Amerika berharga melebihi 48,000 USD, 10,000 USD lebih mahal berbanding bulan September 2020 berdasarkan Kelley Blue Book.
Berdasarkan pemerhatian Dave Ramsey, terdapat 10 kereta jenama biasa yang dipandu oleh kebanyakan jutawan senyap di Amerika. 3 jenama utama yang menjadi pilihan ialah Toyota, Honda (terutama Honda Civic pada harga 26,000 USD) dan juga Ford melalui model pikap F-150 XL
Larry Page dan Sergey Brin iaitu antara pengasas Google pernah memiliki Toyota Prius untuk kegunaan mereka. Jeff Bezos pula pernah satu ketika dulu selesa menggunakan Honda Accord untuk kegunaan peribadi
Jenama lain termasuklah Subaru (Crosstrek pada harga 24,995 USD) dan Hyundai (model Venue atau Creta dengan harga 25,000 USD) turut menjadi pilihan pada pembeli Amerika yang mahukan crossover mampu milik.
Hyundai menjadi jenama pilihan disebabkan penawaran produk dan juga rekaan yang nampak mahal berbanding dengan harga yang dijual. Malah jenama seperti Buick turut menawarkan model seperti Envista pada harga 22,400 USD untuk menarik golongan muda bagi membeli crossover mampu milik
Bagi jenama automotif pertengahan, jenama seperti Lexus, BMW, Acura dan Lincoln menjadi pilihan pembeli jutawan Amerika. Lexus ES dijual dengan harga permulaan 43,190 USD, diikuti oleh BMW 3 Series pada harga 44,500 USD, Acura MDX dengan harga 50,150 USD dan akhir sekali Lincoln Navigator pada harga permulaan 53,340 USD