Buletin

NAZA COLLEGE TAWAR KURSUS DIPLOMA TEKNOLOGI MOTOSIKAL – POWER NI!

Naza College of Technology and Business, anak syarikat milik penuh Naza Group akan memberikan tiket Grandstand MotoGP secara percuma kepada pelajar yang mendaftar untuk pengambilan Ogos 2019 pada Hari Terbuka kolej tersebut, Sabtu ini (22 Jun 2019).  

Hanya untuk satu hari bermula 11am hingga 3pm, pelajar yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah. Antara hadiahnya ialah biasiswa 100 peratus.

Kolej itu juga melancarkan satu kursus akademik yang baru, Diploma dalam Teknologi Motosikal. Program yang pertama seumpamanya itu sudah mendapat kelulusan daripada MQA. Ia direka untuk memberikan pelajar pengetahuan kejuruteraan motosikal bertaraf dunia.

Bukan itu sahaja, Naza College of Technology and Business turut menawarkan Diploma dalam Perniagaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (Automotive Technology).

Para pelajar yang ingin meneruskan pengajian di peringkat diploma berkaitan industri autommotif dan mendaftar pada Hari Terbuka layak menerima biasiswa sehingga 100 peratus hasil kerjasama di antara Affi Bank dan PTPTN.   

Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau United Examination Certificate (UEC) juga boleh memohon Biasiswa Merit Naza.

Biasiswa lain yang turut ditawarkan termasuklah Naza Family Edu-Aid yang menyediakan biasiswa sehingga 50 peratus untuk anak kakitangan Naza Group.

Kursus-kursus yang ditawarkan di Naza College of Technology and Business termasuklah:

  • Diploma in Motorsport Technology
  • Diploma in Motorcycle Technology
  • Diploma in Automotive Business Management
  • Diploma in Automotive Technology (Light Vehicles)
  • Diploma in Business
  • Sijil Kemahiran Malaysia (Automotive Technology)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.naza.edu.my dan ikuti Facebook  https://www.facebook.com/nazacollegeglenmarie/.

Tags
Google ads
Back to top button