Artikel PilihanBuletin

11 LAGI KAMERA AWAS AKAN DIPASANG DI LEBUHRAYA PLUS

Sejumlah 11 kamera Keselamatan AWAS dijangka akan ditambah di lokasi strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata lokasi akan diputuskan selepas kajian dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak berkaitan termasuk PLUS Malaysia Berhad dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dijangka siap tahun ini.

“Pada masa ini terdapat 19 kamera AWAS yang sedia ada di lebuh raya PLUS … 11 lagi kamera akan dipasang di lokasi yang mengalami kes kemalangan tertinggi.

“Kamera juga akan dipasang di lokasi yang kami jalankan sebelum ini, salah satunya adalah Tunnel Menora di Ipoh di mana kemalangan sering berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan 10 kenderaan penguatkuasaan dari PLUS ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Persada PLUS.

Beliau berkata PLUS akan menanggung kos sebanyak 11 unit kamera baru yang dianggarkan sebanyak RM3 juta, selain kos penyelenggaraan yang tetap.

KREDIT: BERNAMA

Google ads
Back to top button