Motosikal

HONDA CB250R DAN CRF250 RALLY FACELIFT 2019 – HARGA BERMULA RM23,499 SEUNIT

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan versi naik taraf model CB250R dan CRF250 RALLY.

Kedua-dua motosikal itu pastinya merancakkan lagi pasaran jentera bersesaran 250 liter tempatan. 

Honda CB250R

Jentera ‘Neo Sports Café’ ringan CB250R dilancarkan pada tahun 2018. Sejak diperkenalkan, model itu mendapat sambungan hangat daripada pasaran. 

CB250R baharu hadir dengan penampilan lebih sporty. Lampu utama berbentuk bulat dipadankan bersama fork berwarna tembaga. Varian berwarna merah didatangkan dengan kemasan rim berwarna tembaga yang membuatkannya semakin menyerlah. 

Motosikal itu dikuasakan oleh enjin empat lejang DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Mampu menjana kuasa sehingga 20.3kW dan tork 23.3Nm, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.  

CB250R dilengkapi sistem brek ABS, selain pelbagai ciri lain seperti lampu LED sepenuhnya, meter LCD digital, fork USD SHOWA, suspensi belakang boleh laras dan kapasiti tangki minyak 10.1 liter. 

Honda CB250R ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan perak. Harganya pula ialah RM23,499 (warna merah) dan RM22,999 (hitam/perak metalik). 

Honda CRF250 RALLY 

CRF250 RALLY ialah sebuah jentera yang dibina untuk mereka yang gemar meneroka laluan off-road pada hujung minggu. Tetapi masih selesa dan praktikal untuk kegunaan harian. 

Ia sesuai buat anda yang sukakan sebuah motosikal yang ringan dan mudah dikendalikan.  

Sama seperti CB250R, CRF250 RALLY turut menggunakan enjin empat lejang DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Cuma output kuasanya yang sedikit rendah iaitu 18.2kW dan tork 22.6Nm disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan. 

CRF250 RALLY kini didatangkan dengan rekaan jalur yang diinspirasikan daripada jentera lumba CRF450 RALLY Dakar. Pelanggan boleh memilih di antara dua warna iaitu hitam dan merah. 

CRF250 RALLY dipasang dengan beberapa ciri menarik seperti lampu LED Asymmetric, meter LCD digital sepenuhnya, cermin utama, ford USD SHOWA 43mm dan tangki minyak berkapasiti 10.1 liter.

Anda boleh memiliki sebuah CRF250 RALLY pada hara RM26,999 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button