
PLUS, GENTARI LANCAR STESEN PENGECASAN PANTAS EV MODULAR MUDAH ALIH
Dalam memberi lebih keyakinan kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad dan Gentari Green Mobility Sdn Bhd jalin kerjasama bagi menyediakan Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik Modular Mudah Alih.
Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik Modular Mudah Alih berkenaan dilengkapi dengan Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS), di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara).
Menurutnya, pengecas bersepadu dilengkapi sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS) serta penggunaan tenaga solar ini, merupakan yang pertama di negara ini, di mana ia akan dilancarkan secara berperingkat pada tahun 2023 dan 2024.

Setiap lokasi akan mempunyai kuasa pengecasan DC sehingga 200kW, dan empat poin pengecasan bakal tersedia untuk pengguna.
Empat lokasi dicadangkan ialah Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Perak dan Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Negeri Sembilan.
Tiga lagi lokasi lain dirancang dibina di Hentian Sebelah Ajil (Arah Utara dan Arah Selatan) serta Kawasan Rehat & Rawat Perasing, terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu.
Selain itu, beberapa poin pengecas Alternating Current (AC) di stesen minyak PETRONAS sedia ada yang terletak di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah, akan dinaik taraf kepada poin pengecas DC Pantas (DCFC).
Gentari juga merancang untuk membangunkan poin pengecas DCFC di stesen minyak PETRONAS sepanjang Lebuhraya PLUS dan lokasi berdekatan, dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2024.
- BACA: GENTARI GREEN MOBILITY JALIN KERJASAMA DENGAN LOTUS CARS MALAYSIA, TEROKA INFRASTRUKTUR MOBILITI HIJAU
- BACA: IHI CORPORATION DAN GENTARI HYDROGEN TANDATANGANI MOU, BEKERJASAMA MENGHASILKAN DAN MEMASARKAN AMMONIA HIJAU
- BACA: PROTON, SMART AUTOMOBILE TANDATANGANI MOA – KAJI PEMASANGAN EV SMART SECARA TEMPATAN
- BACA: SIAPA KATA TAK BOLEH BALIK KAMPUNG BERAYA DENGAN KERETA ELEKTRIK?