Buletin

250 UNIT BUGATTI CHIRON SUDAH DITEMPAH- PELANGGAN BAYAR RM11 JUTA WALAUPUN TANPA PANDU UJI

Bugatti CHiron, kereta Hypercar 1,500 kuasa kuda yang dibina untuk satu tujuan – kelajuan maksimum 450km/j ini sudah memasuki fasa menakjubkan. Sejak dipamerkan pertama kali pada tahun lalu, separuh daripada 500 uni Chiron sudah habis ditempah.

Hanya 500 unit Chiron akan dibina untuk pasaran dan 250 buah daripadanya sudahpun ditempah oleh pelanggan dari seluruh dunia. Menariknya tiada seorang pun dari pembeli ini yang berpeluang memandu uji Chiron kerana ia belum pun bermula produksinya.

Bagaimanapun, Bugatti akan menganjurkan satu sesi pandu uji pada hujung bulan ini, eksklusif untuk pelanggan mereka. Pelanggan mereka terdiri daripada hartawan seluruh dunia dan daripada 250 unit tadi, 37 peratus datangnya dari benua Eropah.

Pembeli benua Amerika mewakili 30 peratus sementara orang-orang kaya Pak Arab pula terdiri dari 26 peratus dari jualan keseluruhan.

BACA: CHRISTIANO RONALDO DUTA BUGATTI CHIRON

BACA: PUTERA SAUD BELI KERETA PAMERAN CHIRON

Google ads
Back to top button