Buletin

400 PESERTA GEGAR SUNWAY PYRAMID DALAM SIMRACING CASTROL

Castrol Malaysia menamatkan kempen belia peringkat nasional dengan kejayaan membanggakan apabila lebih 400 peserta mengambil bahagian dalam Unleashed Youth Simracing Championship yang berakhir di Sunway Pyramid pada 17 Ogos lalu.

Kejohanan yang dianjurkan bersama Cove Circuit itu menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000. Juara kategori lelaki membawa pulang RM6,000 manakala kategori wanita yang diperkenalkan buat pertama kali menyaksikan pemenangnya meraih RM3,000.

Kategori lelaki menyaksikan 349 penyertaan, manakala kategori wanita menarik 93 peserta, mencerminkan minat semakin meningkat terhadap dunia simracing.

Acara turut diserikan dengan perlumbaan selebriti yang menampilkan ikon permotoran Leona Chin serta artis tempatan lain.

Selain perlumbaan, Castrol menganjurkan siri jelajah universiti dan program di Pulau Pinang serta Johor Bahru yang berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung.

Melalui aktiviti interaktif, peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan minyak enjin berkualiti seperti Castrol EDGE dalam meningkatkan prestasi dan ketahanan enjin.

Castrol turut mencuri perhatian di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dengan penampilan khas seniman automotif tempatan, Zameer Pentbrush, yang melukis Nissan Silvia S14 dengan livery Castrol secara langsung di hadapan lebih 100,000 pengunjung.

Menurut Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong, usaha ini membuktikan komitmen syarikat dalam membentuk generasi pemandu masa depan serta meningkatkan kesedaran tentang penjagaan enjin.

Google ads
Back to top button