
OMODA C9 PHEV DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – JANA 605PS, TAWAR JARAK GERAK 1,100KM
Selain Jaecoo J5, turut diperkenalkan di Omoda Jaecoo Carnival adalah model Omoda C9 PHEV, varian hibrid plug-in kepada model C9 yang sudah berada di pasaran tempatan hampir setahun.
Antara ciri menarik ditawarkan pada C9 PHEV termasuklah Sistem Lampu Sampingan yang menyerlahkan garis bentuk luar, dan juga kerusi depan berpemanas dan berudara.
Secara mekanikal, ia menggunakan rangkaian kuasa daripada enjin 1.5 liter pengecas turbo bersama tiga motor elektrik dan transmisi hibrid 3-kelajuan (3DHT), menghasilkan output sehingga 605PS dan tork 915Nm.

Keupayaan ini membolehkan C9 PHEV memecut dari 0–100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat. Kadar penggunaan minyak tergabung 1.7 liter/100km (WLTC) sememangnya sungguh cekap dan menjimatkan.
Dilengkapi dengan bateri Litium Besi Fostat (LFP) 34.46kWh, SUV ini jarak gerak EV tulen sehingga 150km dan jumlah jarak perjalanan kira-kira 1,100km.

Sokongan pengecasan termasuk pengecas pantas 70kW DC, serta pengecas 6.6kW dan 2.8kW AC.
Selain itu, SUV ini menyediakan sistem suspensi aktif Kawalan Peredaman Berterusan (CDC).
Dilengkapi dengan lima sensor, sistem ini boleh melaraskan tindak balas suspensi sehingga 100 kali sesaat dan menyediakan tujuh mod pemanduan ditala khas untuk pelbagai keadaan pemanduan di atas jalan raya.
GALERI:


















