Motosikal

ZULFAHMI DUTA PERODUA MYVI

Semalam, Perodua melantik bintang MotoGP negara yang sedang meningkat naik, Zulfahmi Khairuddin, 22, sebagai duta produk pentingnya iaitu Perodua Myvi untuk tempoh dua tahun. 

gh10861

Dilahir dan dibesarkan di Banting, Selangor, Zulfahmi mula mencipta nama dalam dunia perlumbaan motosikal apabila menjadi di antara 20 pelumba terbaik Shell Advance Malaysia MotoGP tahun 2009 kategori 125cc.

gh29349

Penyertaan Zulfahmi dalam Kejohanan MotoGP Dunia menjadikannya sebagai pelumba pertama Malaysia yang bersaing di peringkat dunia dalam kelas 125GP pada tahun 2010-2011 dan Moto3 Class (2012).

egqhohei1lv06k3xrjrrrbvxqbrlnbb4l1ptxs8ulkc

“Zulfahmi dipilih sebagai duta Perodua Myvi kerana kami percara bahawa beliau seorang individu yang berdisiplin, bersemangat dan fokus. Sekali gus boleh menjadi model contoh kepada anak-anak muda sekarang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

gh20022

Sepanjang tempoh penajaan yang akan berakhir pada Disember 2014, Zulfahmi akan memberi kredit kepada Perodua dalam aktiviti media atau penampilan. Beliau juga akan tampil dalam aktiviti promosi Perodua yang terpilih.

gh20736

Sebagai tambahan, Perodua juga mempunyai hak untuk melibatkan bintang muda itu dalam kempen publisiti atau media syarikat.

“Dipilih sebagai duta Perodua Myvi sememangnya satu penghargaan yang besar untuk diri saya. Apatah lagi Perodua Myvi ialah model paling popular di Malaysia,” kata Zulfahmi.

[hr] Galeri

gh29931img_1049 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button