Peranti

ACER ASPIRE SERIES TERKINI

Acer Malaysia baru-baru ini memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya yang menawarkan pengguna pengalaman perkomputeran sentuh ke tahap baharu. 

Keseluruhan siri ini diterajui oleh Acer Aspire P3, sebuah Ultrabook berprestasi, di samping Acer Aspire R7 iaitu sebuah notebook yang direka untuk sentuhan dan Acer Aspire V Series yang versatil.

ACER_Jeffrey Lai presenting the P3

Produk-produk yang berpaksikan kepada sentuhan merupakan trend baru dalam dunia perkomputeran sekarang. Jadi, Acer dilihat komited untuk menghasilkan produk-produk dengan inovasi terkini demi memenuhi keperluan perkomputeran pengguna zaman moden. Selain memberi inspirasi kepada pengguna agar meneroka luar had sempadan mereka.

“Bersama rakan-rakan kami sejak sekian lama iaitu Microsoft dan Intel, kami bangga untuk mempersembahkan kepada anda Acer Aspire P3 Ultrabook baharu, Aspire R7 dan Aspire V Series yang telah ditambah baik,” kata Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Ricky Tan.

ACER_Jeffrey Lai introducing the colours of the new Aspire V series_1

Semua produk ini menawarkan pengguna ciri-ciri yang terbaik dalam kelasnya dengan teknologi termaju Intel. Pada masa yang sama, ia mampu beroperasi dengan lancar di atas platform Microsoft Windows® 8.

Matlamat Acer adalah untuk membolehkan pengguna menikmati pengalaman perkomputeran yang baru dari segi penghasilan kandungan dan penggunaan. Di samping prestasi untuk mendapat lebih daripada sebelum ini, tidak kira di mana anda berada.

p3 3

“Kami begitu teruja apabila Windows® 8 terus berupaya mendefinisikan semula pengalaman perkomputeran para pengguna di seluruh dunia! Dengan lebih 100 juta lesen dijual dalam tempoh hanya enam bulan dan 2,400 peranti yang disahkan di seluruh dunia, kami berbesar hati untuk meneruskan momentum kukuh kerjasama kami dengan Acer.

“Acer merupakan rakan yang penting kepada Microsoft. Bersama-sama, kami komited untuk mengubah gaya hidup digital rakyat Malaysia menerusi peranti dan perkhidmatan kami,” kata Pengarah Kumpulan Saluran Pengguna Microsoft Malaysia, Sunny Ooi.

R7 1

Hasil gabungan  di antara maklum balas yang telah dipertingkatkan pada pemproses Intel Core generasi ketiga dengan Microsoft Windows® 8 baharu, rangkaian produk Acer Aspire baharu ini pasti dapat menawarkan pengalaman perkomputeran yang hebat kepada para pengguna.

“Pengalaman hidup kita didefinisikan oleh deria kita – menerusi apa yang kita lihat, dengar dan sentuh. Deria-deria manusia ini juga menjadi asas kepada visi Intel terhadap Ultrabook untuk memberikan pengalaman perkomputeran yang mesti dinikmati tanpa kompromi. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Acer atas pelancaran rangkaian produk boleh sentuhnya yang baru,” kata Pengurus Negara, Intel Malaysia dan Singapura, Prakash Mallya.

ACER_Jefferey Lai presenting the features of the P3

Pada majlis yang sama, Acer turut melancarkan kempen pengiklanan globalnya yang menampilkan DJ Superstar, Tiesto dan pembantu peribadinya, Vernon berikutan kejayaan kempen pemasaran pada tahun 2012.

Kempen tersebut menampilkan aktor Kiefer Sutherland dan Megan Fox menggunakan peranti Acer untuk meneroka sesuatu yang melangkaui sempadan dan mendedahkan sisi berbeza diri mereka.

V7 5

Kempen pengiklanan baharu itu menjadi pelengkap kepada produk Acer dengan kisah hebat yang menjadi refleks tentang apa yang seseorang individu suka tentang peranti mereka, serta pengalaman baru yang mereka alami.

Acer Malaysia telah pun mengaktifkan kempen ini secara rasminya melalui medium-medium berbeza seperti media cetak, digital, rangkaian sosial, panggung wayang dan  peruncitan.Anda juga boleh menonton iklan produk terbaharu ini di laman YouTube: www.youtube.com/AcerMY

Acer p3 1

Acer Aspire P3

Acer Aspire P3 adalah bentuk baru Ultrabook yang cukup berkuasa untuk menjadi sebuah PC utama. Aspire P3 baharu dengan paparan definisi tinggi (HD) dan teknologi IPS ialah sebuah Ultrabook boleh ubah yang membenarkan pengguna untuk menggunakannya sebagai sebuah notebook, hibrid atau tablet tanpa sebarang masalah.

Versatilitinya membolehkan pengguna zaman moden untuk memanfaatkan prestasi PC bergerak yang berkuasa di tempat kerja dan hiburan optimum di rumah. Aspire P3 merupakan pilihan terbaik untuk inisiatif bawa sendiri peranti anda (Bring Your Own Device, BYOD) yang semakin popular di seluruh dunia.

R7 3

Acer Aspire R7

Direka untuk memberikan pengalaman sentuhan dan menaip terbaik, Aspire R7 mengetengahkan papan kekunci yang telah diposisikan kembali serta skrin sentuh berdefinisi tinggi 1920 x 1080. Ia menggunakan engsel Ezel revolusionari yang membolehkannya untuk dibuka, diterbalik, diletak secara rata atau terapung – operasi quad mode.

Diperkenalkan kurang tiga minggu lalu di New York, Aspire R7 sudah pun memenangi Anugerah Red Dot dan Anugerah Computex d&I atas reka bentuknya yang mengagumkan itu.

V7 3

Acer Aspire V Series

V Series yang lebih nipis serta ringan sebenarnya mewakili rangkaian notebook arus perdana  Acer yang paling besar serta versatil menerusi pelbagai model V5 dan V7. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna, saiz skrin, resolusi, kemampuan grafik dan prestasi.

Beberapa produk Acer ini sudah pun boleh dibeli. Sementara sebahagian daripadanya mula dijual pada Jun depan di semua rangkaian penjual sah Acer yang utama di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.acer.com.my atau hubungi Acer Product Infoline di talian:  1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

[hr] Galeri

Acer p3 2Acer p3p3R7 2V5R7v7 2V7 4

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button