Buletin

MENANGI X70 DAN HUAWEI MATE40 PRO DALAM PERADUAN PROTONXHUAWEI BETTER TOGETHER

Bagi meraikan tahun 2020 yang bakal menutup tirainya tidak lama lagi, PROTON akan bekerjasama dengan Huawei untuk menganjurkan kempen PROTONxHuawei Better Together.

Kempen yang berbentuk peraduan itu bakal memberi ganjaran kepada pelanggan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, termasuklah Proton X70 sebagai hadiah utama.

Peraduan yang bermula dari 15 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 tersebut terbuka kepada pembeli model Proton terpilih (Persona, Iriz, Exora atau Saga) dan/atau  perati pintar Huawei.

Selain hadiah utama Proton X70, telefon pintar Huawei Mate 40 Pro serta 17,000 baucar kedai dalam talian Huawei bernilai RM100 turut ditawarkan kepada pembeli kereta Proton.

“Model kereta Proton telah menerima sokongan yang baik dari rakyat Malaysia pada tahun ini. Jualan tahun 2020 memberangsangkan walaupun keadaan pasaran yang mencabar.

“Justeru, kami gembira dapat bekerjasama dengan Huawei sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Roslan Abdullah.

Untuk menyertai peraduan ini, pembeli kereta Proton atau peranti pintar Huawei perlu memuat naik gambar kreatif berkaitan dengan kereta Proton atau peranti pintar Huawei mereka di laman media sosial Facebook atau Instagram.

Jangan lupa hashtag #PROTONHUAWEIBETTERTOGETHER2020 #HUAWEIMATE40PRO dan #HiPROTON bersama  serta keterangan (caption):  “Saya suka kereta Proton / Huawei Mate 40 Pro kerana…”.

Kemudian, layari www.protonhuaweibettertogether.com untuk mengisi maklumat yang diperlukan.

Maklumat lanjut, sila layari https://www.proton.com/en atau https://www.huawei.com/my/

Google ads
Back to top button