
HADIAHKAN ANAK BERUSIA 12 TAHUN ROLLS-ROYCE WRAITH. IBU KENA KECAM NETIZEN
Seorang ibu menghadiahkan anak lelakinya sebuah kereta mewah, Rolls Royce bernilai £250,000 (RM1.3 juta) sempena ulang tahun ke-12 dikecam warga netizen
Menurut laporan The Sun, rakaman video dimuat naik di laman Instagram memaparkan Gulnora Mukhedinova, 34, menghadiahkan kereta Rolls- Royce Wraith kepada anaknya.
Begitupun, tindakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pakaian pengantin mewah, Baravia Fashion dikecam oleh tentera alam maya merasakan hadiah berkenaan ‘tidak sesuai’ diberikan kepada anaknya yang baru berusia 12 tahun.

Undang-undang Dubai, UAE tidak membenarkan individu berusia bawah 18 tahun memandu kenderaan.
“Ini adalah perbuatan yang tidak bijak kerana anak anda baru berusia 12 tahun dan masih belum pandai memandu,” kata seorang netizen.
Seorang lagi netizen memberitahu bahawa dia tidak akan membeli hadiah mahal kepada anak-anak seperti telefon pintar iPhone apatah lagi kereta Rolls-Royce.
Tidak semua berpandangan negatif, ada juga yang melontarkan komen berbunyi: “Anda semua perlu berhenti membenci dia. Keluarga itu berusaha keras mencari wang sendiri. Jadi terpulang kepada mereka untuk membelanjakan harta sendiri”
Gulnora juga merupakan pengasas salun rambut dan kecantikan mewah yang menawarkan khidmat penyambungan rambut serta rias kuku di Dubai, UAE. – agensi
- BACA: ROLLS-ROYCE CULLINAN BLACK BISON EDITION. SUV GANGSTER SEBENAR
- BACA: ROLLS-ROYCE GHOST LANGGAR LAMBORGHINI URUS. POLIS PERLI PEMANDU LARIKAN DIRI
- BACA: EU HARAMKAN ILUMINASI SPIRIT OF ECSTACY PADA KERETA ROLLS-ROYCE. PENCEMARAN CAHAYA KATANYA…
- BACA: MISTERI KOD RAHSIA ROLLS-ROYCE WRAITH KRYPTOS.MACAM FILEM DA VINCI CODE