Buletin

6 KEMALANGAN DALAM TEMPOH 2 JAM BERLAKU DI LEBUH RAYA PLUS PAGI TADI

Sebanyak enam kemalangan dilaporkan berlaku dalam tempoh hanya dua jam di Lebuh Raya Utara-Selatan hari ini berikutan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi laporan yang dikongsikan di Faceboo Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 12 tengah tadi, berlaku kemalangan di Kilometer 147.3 arah selatan dari Juru ke Bukit Tambun (S) pada 9.37 pagi tadi.

Selang 20 minit kemudian, LLM melaporkan satu lagi kemalangan di Persimpangan Nilai dari Nilai ke Putra Mahkota.

“Terdapat kemalangan di KM301.8 arah utara dari Bangi ke Kajang dilaporkan berlaku sekitar 10.14 pagi. Manakala satu lagi lokasi kemalangan di KM396.8 arah utara dari Tanjung Malim ke Behrang pada pukul 11.22 pagi,” lapornya.

Sementara itu, selang masa dua minit, berlaku kemalangan di KM 111.6 arah selatan dari Pagoh ke Yong Peng (U).

“Terbaharu, pada pukul 11.54 pagi, terdapat kemalangan di KM46.5 arah selatan dari Bandar Serenia ke Nilai dan menyebabkan lorong kiri terhalang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button