Buletin

AUTO SHANGHAI 2023: SUV PHEV BAHARU, HAVAL B07 TAWAR JARAK GERAK 84KM, 274HP

Haval telah memperkenalkan SUV sederhana baharu di Auto Shanghai 2023 yang dikenali dengan kod ‘B07’ atau Xiaolong Max di China.

Dibina berdasarkan platfrom LEMON modular, B07 mempunyai ukuran sepanjang 4,758mm, 1,895 lebar, 1,725mm tinggi, jarak roda pada 2,800mm.

Di dalam kabin, SUV ini dilengkapi pelbagai teknologi terkini termasuk perisian ‘Coffee’ baharu untuk keselesaan pengguna.

Bahagian dalamannya terdiri daripada skrin sentuh dan paparan digital bersaiz 12.3-inci, paparan kepala 10-inci selain menaiktaraf beberapa teknologi bantuan pemandu seperti adaptive cruise control, lane-keep assist, blind-spot monitoring serta driver attention monitoring.

Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh Hi4 ((Hybrid intelligent 4WD) yang digunapakai buat pertama kali oleh GWM.

Untuk rekod, B07 tampil dengan enjin empat silinder pengecas turbo 1.5 liter serta digandingkan dengan sistem hibrid plug-in, dua motor elektrik, transmisi dua kelajuan (DHT) dan pek bateri 19.27kWh.

Dari segi output kuasa, ia berupaya menghasilkan 274hp, tork pada 585Nm sementara daya pecutan mencapai 0-100km/j dalam jangka masa 6.4 saat.

B07 menawarkan jarak gerak 84km dan bateri boleh dicas melalui sistem pengecasan pantas DC sepantas 30 minit untuk pengecasan 30 hingga 80 peratus.

Untuk harga, GWM bagaimanapun masih belum menyatakan harga rasmi namun di pasaran China, B07 dianggarkan bernilai RMB175,000 (RM113,000).

Google ads
Back to top button