Buletin

ACER MALAYSIA LANCAR PRODUK BAHARU UNTUK ‘KAKI GAMING’ – TAWAR DISKAUN SEHINGGA RM200 DAN HADIAH PERCUMA!

Acer Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran komputer desktop gaming Predator Orion X yang berkuasa bersama tiga paparan gaming dan pengawal permainan canggih.

Pelancaran ini bertepatan dengan permulaan tahap kelayakan Malaysia bagi Liga Predator 2025, yang menarik perhatian para peminat gaming di seluruh negara.

Predator Orion X: Komputer Desktop Gaming

Predator Orion X menampilkan reka bentuk kompak 15.4L yang memudahkan penaiktarafan dan penyelenggaraan tanpa memerlukan peralatan khas.

Reka bentuk futuristiknya bukan sahaja menarik, tetapi turut mengandungi beberapa zon dalaman untuk CPU, kad grafik, dan sistem penyejukan, memastikan prestasi optimum.

Ruang SSD M.2 yang boleh ditukar di bahagian hadapan menambah kemudahan untuk penyimpanan segera.

Dilengkapkan dengan Predator Frostblade 3.0 yang dipatenkan, sistem ini meningkatkan penyejukan sambil mengurangkan getaran dan bunyi.

Selain itu, aplikasi PredatorSense 4.0 membolehkan gamer memantau prestasi sistem, overclock, dan menyesuaikan lampu RGB dengan mudah.

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i7-14700F dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 SUPER, Orion X menyokong RAM DDR5 sehingga 32GB serta SSD PCle Gen 4 1TB.

Ia dijual pada harga RM10,999 untuk model Intel Core i5 dan RM12,999 untuk model Intel Core i7, tersedia di eKedai Acer, Shopee, Lazada, dan pengedar sah Acer.

Paparan Predator: Pengalaman Gaming Imersif

Untuk pengalaman visual yang menakjubkan, paparan gaming ultra lebar Predator X49 V menampilkan panel DQHD (5120×1440) dengan kadar segar semula 144Hz dan masa tindak balas 0.03ms (GTG).

Paparan ini menyokong AMD FreeSync™ Premium dan teknologi PIP/PBP untuk meningkatkan produktiviti.

Bagi harga pula, ia dijual pada harga RM4,699, pra-pesanan dibuka sehingga 22 September 2024.

Paparan Predator XV323QU M3 dan XB273U V3 dengan resolusi WQHD (2560×1440) turut menawarkan kadar segar semula 180Hz dan masa tindak balas secepat 0.5ms (GTG), dijual masing-masing pada RM1,299 dan RM899.

Pengawal Permainan Tanpa Wayar Predator dan Nitro

Acer turut memperkenalkan Predator PGR300 dan Nitro NGR300, dua pengawal permainan tanpa wayar yang direka untuk prestasi unggul.

Kedua-duanya dilengkapi kayu bedik analog tidak bersimetri, pemicu analog, dan motor getaran untuk pengalaman gaming yang lebih responsif.

Dijual pada harga RM399 dan RM199, kedua-dua pengawal ini menawarkan keselesaan serta kawalan terbaik untuk para gamer.

Promosi Istimewa Sempena Liga Predator 2025

Acer menawarkan pelbagai promosi sempena tahap kelayakan Malaysia Liga Predator 2025 dari 13 hingga 22 September 2024, termasuk potongan harga sehingga RM200 untuk paparan X49 V dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,299 untuk pembelian tertentu.

Google ads
"
"
Back to top button