
PUSINGAN AKHIR LIGA PREDATOR APAC 2025 BERLANGSUNG PADA 11-12 JANUARI 2025 – TAWAR HADIAH RM1.7 JUTA
Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Pusingan Akhir Liga Predator APAC 2025 akan berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 11-12 Januari 2025.
Acara ini menyaksikan pasukan eSukan terbaik dari 15 wilayah Asia Pasifik bersaing untuk merebut Perisai Predator dan hadiah wang tunai bernilai AS$400,000 (RM1.7 juta).
Selain pertandingan utama, Acer akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk gerai permainan interaktif dan persembahan daripada selebriti terkenal.
Menurutnya, butiran lanjut mengenai acara dan interaksi akan diumumkan dari semasa ke semasa menjelang hari pertandingan.

Perjalanan ke pusingan akhir ini bermula dengan pertandingan kelayakan tempatan pada 14 September 2024.
Tahap kelayakan Malaysia akan memuncak dengan pertandingan Dota 2 dan VALORANT pada November, di mana pasukan terbaik bakal mewakili negara ke peringkat serantau.
Selain itu, penonton di Liga Predator APAC akan menikmati tiga pilihan tempat duduk dengan pelbagai kemudahan.
Tiket Legenda menawarkan pengalaman VIP dengan tempat duduk sofa serta makanan dan minuman.

Sementara itu, tiket Premium, terhad kepada 100 sahaja, berharga RM599, termasuk hadiah istimewa.
Tiket Pro menyediakan sudut tontonan strategik, manakala Tiket Elit yang paling berpatutan berharga RM199.
Jualan tiket bermula pada 1 Oktober 2024 dan tiket awal dengan diskaun sehingga RM200 boleh dibeli sebelum 31 Oktober 2024.
Layari laman web rasmi Liga Predator APAC 2025 untuk maklumat lanjut, serta ikuti perkembangan terkini di media sosial.