Advertorial

ACER BAWA GAYA HIDUP DINAMIK DENGAN SWIFT EDGE 14 AI

Acer terus menerus memperkenalkan barisan peranti baharu yang disasarkan kepada gaya hidup dinamik.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah Acer Swift Edge 14 AI, sebuah komputer riba premium dengan berat hanya 0.99 kilogram.

Angka itu bukan sekadar statistik, tetapi benar-benar dirasai apabila ia mudah diselit ke dalam beg tanpa membebankan bahu, sama ada untuk ke pejabat, kampus atau bekerja di luar.

Reka bentuknya ringkas namun elegan, dengan kemasan putih mutiara dan rangka magnesium-aloi bertaraf ketenteraan yang memberi keseimbangan antara ketahanan dan estetika.

Motif dwi panah berbentuk “S” pada penutup menambah identiti visual tersendiri, manakala papan kekunci dengan salutan UV bukan sahaja terasa lembut, malah lebih tahan terhadap kesan kotoran.

Dari sudut paparan, Swift Edge 14 AI jelas berada dalam kelas tersendiri. Skrin OLED 3K bersaiz 14-inci dengan sokongan 100% DCI-P3 dan DisplayHDR True Black 600 menghasilkan visual yang kaya warna, kontras mendalam dan hitam yang benar-benar pekat.

Ia bukan sahaja sesuai untuk penyuntingan kandungan, malah memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan untuk hiburan.

Tambahan pula, penggunaan Corning Gorilla Glass dengan rawatan Matte Pro, yang dikatakan pertama di dunia membantu mengurangkan pantulan sehingga 95 peratus, menjadikannya praktikal untuk penggunaan di kawasan terang seperti kafe atau ruang terbuka.

Prestasi pula disokong oleh pemproses Intel Core Ultra 9 288H, digandingkan dengan GPU Intel Arc dan NPU berasaskan AI.

Gabungan ini membolehkan tugasan harian, kerja kreatif serta aplikasi AI dijalankan dengan lebih pantas dan cekap. Sokongan AI turut diperkukuh dengan ciri seperti Acer User Sensing 2.0, yang secara pintar mengesan kehadiran pengguna untuk meningkatkan privasi dan penjimatan tenaga.

Bagi keperluan keselamatan dan kemudahan, kamera FHD bersama penderia IR membolehkan log masuk pantas melalui Windows Hello.

kehadiran dua port Thunderbolt 4, USB-A dan pilihan sambungan lain memastikan Swift Edge 14 AI kekal fleksibel untuk pelbagai peranti tambahan.

Dengan jangka hayat bateri sehingga 21 jam, komputer riba ini benar-benar menyokong gaya kerja tanpa gangguan, jauh dari kebergantungan kepada soket kuasa.

Ditawarkan pada harga RM7,999, Acer Swift Edge 14 AI kini boleh didapati secara eksklusif di Kedai Konsep Acer seluruh negara.

Secara keseluruhan, Acer Swift Edge 14 AI bukan sekadar komputer riba nipis dan ringan, tetapi satu peranti yang direka untuk mereka yang mahukan prestasi, gaya dan kebebasan bergerak.

Google ads
Back to top button