Artikel Pilihan

ACURA ZDX – SUV COUPE YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU

Umum mengetahui Acura adalah jenama milik Honda yang dijelmakan khusus untuk menembusi pasaran Amerika. Sasaran mereka adalah menembusi pasaran mewah dan mahal. Ada beberapa jenama Honda yang dijelmakan terus sebagai Acura berjaya menarik perhatian pembeli di sana termasuklah Acura NSX dan juga Acura Integra. Akan tetapi, tahukah bahawa sedikit masa dahulu mereka pernah memperkenalkan sebuah model SUV Coupe yang sporty, Acura ZDX.

Prototaip Acura ZDX ini mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2009 sewaktu New York International Autoshow. Dan ianya mula diproduksi secara massa pada tahun 2010. Menariknya tentang model ini, ianya adalah rekaan sepenuhnya oleh Acura melalui studio mereka di Torrance dan dibina serta dikilangkan di Amerika Utara.

Harus diakui, rekaan Acura ZDX ini mendahului zaman walaupun ianya dikeluarkan hampir 10 tahun yang lalu. Tidak syak, Acura ini jikalau diletakkan sebelah menyebelah dengan BMW X6 pasti ramai yang bersetuju bahawa keduanya sama lawa dan padan.

Ruang kabinnya pula menampilkan ciri mewah yang lebih nyata dan halus. Bukan setakat tempat duduk sahaja dibaluti kulit, malah papan pemuka, panel pintu dan juga konsol tengah turut dibaluti dengan kulit jenis yang pasti bukannya jenis murah. Barulah sesuai dengan imej mewah Acura itu sendiri.

Tempat duduknya cukup selesa untuk membawa lima penumpang sekaligus. Cuma tipikal untuk sebuah SUV Coupe sebegini, ruang kelegaan kepala penumpang boleh menjadi isu. Barangkali, bumbung kaca yang meliputi bahagian pemandu terus ke bahagian tailgate mungkin sedikit sebanyak mampu memberikan rasa lega apabila cahaya yang masuk dapat memberikan sedikit kesan luas. Tahukah bahawa penggunaan cermin kaca panorama tersebut adalah terpanjang dalam industri. Anggapan Acura, mungkin ianya mampu menjadi daya penarik kepada pembeli ketika itu.

Mendiami ruangan enjinnya adalah 3.7 liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa 600 HP. Enjin J73A5 ini dipadankan dengan kotak gear auto enam kelajuan. Dilengkapi dengan pula sistem Super Handling All-Wheel Drive™ (SH-AWD). Barulah sedap kawalan pemanduan tu kan. Menambahkan lagi feel pemanduan adalah mode sporty yang boleh dipilih. Meratah selekoh sambil memecut memang sedaplah kan.

Dan tahukah bahawa ruang kargonya juga boleh tahan luas. Malah ianya mempunyai ruang simpanan di bahagian bawah lantai. Setakat nak sumbat empat beg golf memang tak ada masalah langsung.

Sayangnya, riwayat model ini tidak panjang. Ianya bertahan sekitar tahun 2013 sahaja. Tak sampai pun lima tahun. Jawapannya mudah. Faktor jualan yang tidak memberangsangkan. Hanya 7191 unit sahaja dibina dan sudah semestinya ianya hanya boleh dibeli di Amerika Utara sahaja ketika itu. Sayang juga sebenarnya

BACA : ACURA NSY TYPE R AKAN MUNCUL DENGAN 600HP

BACA : ACURA TLX, INI LAWANNYA BMW, MERCEDES-BENZ & AUDI

Google ads

B K

Back to top button