Buletin

CONTINENTAL PERKENALKAN TAYAR ALL-TERRAIN TERBAHARU CROSSCONTACT A/T²

Pengeluar tayar global, Continental Tyres, terus mengukuhkan kedudukan dalam segmen SUV dan pacuan empat roda (4×4) tempatan menerusi pelancaran tayar all-terrain terbaharu, CrossContact A/T².

Model ini dibangunkan khusus untuk pemandu moden yang gemar meneroka pelbagai jenis permukaan, daripada jalan berturap harian hingga laluan off-road yang mencabar.

Apa yang membezakan CrossContact A/T² adalah keseimbangan antara keupayaan lasak dan prestasi jalan raya.

Rekaan bunga tayar lebih dalam serta struktur rongga yang dioptimumkan membantu meningkatkan cengkaman, terutama ketika berdepan permukaan longgar, berlumpur atau licin.

Dalam masa sama, bahu tayar dengan ciri pembersihan sendiri memastikan tayar kekal berfungsi optimum walaupun dalam keadaan ekstrem.

Dari sudut ketahanan, tayar ini diperkukuh dengan dinding sisi yang lebih tebal bagi menyerap hentakan kuat, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan seperti tusukan atau koyakan – sesuatu yang sering menjadi kebimbangan bagi pemandu off-road.

Selain itu, Continental turut memperkenalkan kompaun proprietari BlackPaw™ pada model ini, yang direka untuk memberikan cengkaman konsisten dalam pelbagai keadaan cuaca.

Menurutnya, teknologi ini membantu tayar menyesuaikan diri dengan perubahan permukaan, sekali gus meningkatkan keyakinan pemandu sama ada di jalan basah atau kering.

Di Malaysia, CrossContact A/T² ditawarkan dengan pilihan saiz yang luas, meliputi 42 varian bagi diameter rim antara 15 hingga 22-inci.

Ia sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan termasuk SUV, 4×4 dan trak ringan. Tambahan pula, keupayaan beban sehingga Load Range E menjadikannya relevan untuk kegunaan membawa muatan berat atau operasi di tapak kerja.

CrossContact A/T² kini boleh didapati di semua pusat jualan berjenama Continental serta kedai rasmi dalam talian Continental di Shopee, Lazada, TikTok dan TnG eWallet.

Google ads
Back to top button