Buletin

KERETA EV TERLARIS DUNIA, NISSAN LEAF DILANCARKAN. RM188K

Pada 2013, Edaran Tan Chong Malaysia membuat kejutan dengan melancarkan Nissan Leaf. Kereta elektrik global ini telah mencetak sejarah bukan sahaja untuk Nissan malah untuk industri automotif funia secara keseluruhan.

Nissan membuktikan bahawa kereta elektrik memang boleh dihasilkan dalam bentuk produksi massa dan dijual kepada pelanggan. Namun, pada harga RM168,800 ketika diperkenalkan di pasaran Malaysia, ia sudah tentu bukan model yang diharapkan laku sangat. Ia lebih kepada memaparkan kejituan teknologi Nissan kepada umum.

Hari ini, mereka mencetak sejarah lagi dengan memperkenalkan generasi kedua Leaf ke pasaran tempatan. ETCM membuat keputusan untuk memperkenalkan model premium yang didatangkan dengan teknologi pemanduan Pintar Nissan.

  • Intelligent Forward Collision Warning (FCW)
  • Intelligent Forward Emergency Braking (FEB)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) with Moving Object Detection (I-MOD)
  • Intelligent Driver Alertness (I-DA)
  • Intelligent Ride Control
  • Intelligent Trace Control
  • Hill Start Assist
  • Vehicle Dynamic Control
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Brake Assist (BA)
  • Electronic Braking Distribution

Model generasi kedua ini dikuasakan oleh e-powertrain yang mampu menghasilkan 150 ps dan 320 Nm yang memacu roda hadapan. Iamampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang lapan saat (7.9 saat) dengan kelajuan dihadkan secara elektronik kepada 155 km/j sahaja.

Sumber kuasa elektrik datang dari bateri lithium-ion berkapasiti 40 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 311 km mengikut data kitaran NEDC.

Nissan turut membekalkan sistem pengecasan iaitu:

  1. Wallbox Charger 6.6 kW – mengambil masa tujuh jam untuk mencapai kapasiti penuh.
  2. Pengecasan pantas CHAdeMO 50 kW – mengambil masa 60 minit untuk kapasiti penuh

Pengecasan pantas CHAdeMO ini boleh didapati secara percuma di beberapa lokasi berikut:

  • ABB Malaysia Sdn Bhd (Subang Jaya)
  • Nichicon (Malaysia) Sdn Bhd (Bandar Baru Bangi)
  • R&R Ayer Keroh (Arah Selatan)
  • 17 lokasi ETCM di seluruh negara (bakal diperluas pada masa hadapan)

Turut dipasangkan ialah sistem pemanduan e-Pedal di mana kereta elektrik ini boleh dipandu dengan menggunakan satu pedal kawalan sahaja untuk bergerak dan menghentikan kereta.

Untuk pasaran Malaysia, ETCM menawarkan Nissan LEAF dalam dua konfigurasi warna berbeza, iaitu:

  • Warna tunggal – Brilliant Silver, Super Black, Gun Metal Grey, Deep Blue Pearl
  • Warna dua tona – Peal White/Deep Blue Peal, Magnetic Red/Super Black

Manakala bahagian dalaman pula didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Stone Grey.

Reka bentuk Nissan LEAF serba baharu yang mempunyai profil lebih rendah serta kemas memberikan penampilan dinamik dan mantap. Dengan tahap aerodinamik yang cemerlang (Cd 0.28), gayaan siluet dan teknologi canggih’, kenderaan ini membangkitkan keterujaan memandu sebuah EV.

Ciri signatur pada Nissan LEAF serba baharu ialah Gril Halografik Diinspirasikan daripada Berlian yang baru, Lampu Nyalaan Siang LED Boomerang, Lampu kombinasi Utama dan Lampu Belakang, Bumbung Terapung Dua Tona lkonik dan Rim Aloi Potongan Berlian ‘Turbin’ bersaiz 17 inci.

Ruang dalaman berorientasikan kepada pemandu menampilkan stereng sporty dibalut kulit yang rata pada bahagian bawahnya bersama suis-suis kawalan. Meter paparan multi-info 7″ dan tempat duduk dibalut kulit Alcantara mewah nyata memberikan ambien yang premium dan senyap.

Nissan LEAF juga hadir dengan ruang kargo fleksibel seluas 435 liter (VDA). Apabila tempat duduk dilipat, ruang kargo bertambah menjadi 1,176 liter (VDA).

Bukan itu sahaja, ciri Climate Control Timer boleh dilaras kepada masa yang spesifik untuk menyejukan ruang kabin Nissan LEAF serba baharu justeru memberikan keselesaan sebelum pemandu masuk ke dalam
kenderaan. Sekali gus membuatkan setiap perjalanan lebih relaks dan menyeronokkan.

Harga jualan di atas jalan pula bermula dari RM188,888 tanpa insurans dan ETCM memberikan jaminan selama tiga tahun dengan 100,000 km jarak perbatuan, tiga tahun servis atau 60,000 km penyelenggaran percuma di samping jaminan selama LAPAN TAHUN untuk bateri lithium-ion (atau jarak perbatuan 160,000 km yang mana terdahulu).

Selain daripada itu, ETCM turut menawarkan program langganan eksklusif Nissan LEAF yang merangkumi kontrak selama tiga tahun dengan harga bulanan RM3,500.00

Masalah kebimbangan terhadap jarak operasi (range anxiety) merupakan antara masalah yang sering melanda pemilik EV, terutama ketika ingin berjalan jauh.

Untuk itu, ETCM turut menawarkan program New Nissan LEAF Owners Privilege yang memberikan kebebasan kepada para pemilik untuk menggunakan mana-mana SUV X-Trail, MPV Serena atau pikap Navara untuk tempoh 23 hari setahun dalam tiga tahun pertama pemilikan.

Untuk memohon, para pemilik LEAF perlu memasuki laman web www.nissan.com.my atau menghubungi Nissan Customer Care Centre Hotline di talian 1 800 88 3838 (pilih Opsyen 3).

Nissan LEAF akan dipamerkan pada penghujung bulan ini di beberapa lokasi berikut: ETCM Glenmarie

  • ETCM Petaling Jaya
  • ETCM Jalan Raja Laut
  • ETCM Klang
  • ETCM Butterworth
  • ETCM Bayan Lepas
  • ETCM Johor Jaya
  • ETCM Kuantan
Google ads
Back to top button