
Artikel Pilihan
ŠKODA TREKKA – MUNGKINKAH INI SUV PERTAMA ŠKODA?
Buat penggemar Skoda, barangkali anda juga tidak mengenali akan model SUV yang kelihatan cukup klasik ini. Inilah dia model Skoda Trekka, sebuah model SUV lama keluaran di era 60an. Tapi jikalau anda menyangka ianya dibina dan direka dari negara asal Czechoslovakia ternyata telahan anda silap. Jom baca apa kisah menarik tentang model Skoda Trekka ini.
- Skoda Trekka ini sebetulnya telah direka dan diperbuat buat pertama kalinya luar dari negara asal pembuat di New Zealand melalui kerjasama Skoda dan juga Skoda New Zealand pada tahun 1966.
- Ianya direka bagi memenuhi keperluan penduduk di New Zealand khususnya mereka yang terlibat dalam sektor agrikultur. Mudah untuk mengangkut barang serta penumpang.

- Model SUV ringan ini dibina berdasarkan beberapa komponen daripada milik Skoda Octavia meliputi enjin, kotak gear dan juga rangkaian kuasa yang dihantar terus daripada Ibu Pejabat Skoda di Mladá Boleslav.
- Casis Skoda Octavia yang digunakan ini telah diubah meliputi jarak titik roda daripada 2,389 mm ke 2,165 mm sahaja. Ianya sengaja direka sebegini bagi memenuhi keperluan bentuk jalanraya di New Zealand ketika itu.
- Manakala rekaan bahagian atas Skoda Trekka ini direka oleh George Taylor (pereka bentuk kenderaan tempatan) and Josef Velebný yang juga merupakan mantan ketua pembangunan rekabentuk kenderaan untuk Skoda.

- Skoda Trekka ini secara rasminya dilancarkan pada 2 Disember 1966 yang dikhususkan untuk kegunaan ladang – ladang di New Zealand akan tetapi popular secara tiba – tiba dikalangan penduduk bandar dan juga sub-bandar.
- Trenkuasa daripada enjin OHV empat silinder 1,221 cc telah dipilih bagi menggerakkan Skoda Trekka ini yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 47 PS. Manakala kotak gear empat kelajuan turut digandingkan untuk memastikan SUV bersaiz kecil ini mampu memecut sehingga 110 km/j untuk kelajuan maksimum.

- Skoda Trekka ini menawarkan pilihan dua tempat duduk atau pun lapan tempat duduk. Dek belakang menawarkan kerusi jenis bangku duduk mengadap.
- Pelanggan juga boleh memilih beberapa varian seperti penutup kanvas di bahagian atas atau pun penutup plastik keras di bahagian bumbung.
- Harga jualannya ketika itu hanyalah Dollar New Zealand 899 dan dianggap cukup murah.
- Jangka hayat model ini hanya bertahan setakat tahun 1972 sahaja dengan 3,000 unit telah dibina dan dijual meliputi negara Ocenia seperti Fiji Island dan juga Australia.
- Dan kini Skoda Trekka ini terus diangkat darjatnya apabila dianggap sebagai model yang diburu oleh penggemar. Kalau susah nak jumpa, boleh cari di Muzium Skoda aja.
BACA : ŠKODA ENYAQ COUPÉ iV vRS, SUV ELEKTRIK YANG CANTIK!
BACA : SKODA KODIAQ RS. ORAIT KE TAK SUV JENAMA REPUBLIK CZECH NI SEBENARNYA?

