Buletin

BYD ATTO 2 RASMI DILANCARKAN – TAWAR JARAK GERAK 410KM, HARGA BERMULA RM100K

BYD Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan BYD ATTO 2 untuk pasaran tempatan.

BYD ATTO 2 tampil dengan dimensi 4,310mm panjang, 1,830mm lebar, 1,675mm tinggi dan jarak roda 2,620mm. Ia diserlahkan lagi melalui rim aloi 17-inci dan menawarkan ruang kargo 1,320L apabila kerusi belakang dilipat.

Di dalam, BYD ATTO 2 dilengkapi kerusi kulit sintetik, kemasan dalaman hitam premium, skrin sentuh 12.8-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong kedua-dua sambungan tanpa wayar atau berwayar.

Ciri-ciri lain termasuklah pengecasan tanpa wayar serta kerusi depan berudara, NFC dan BYD In-car karaoke.

Dari segi kuasa, BYD ATTO 2 dijana oleh motor elektrik 130kW, menghasilkan tork 290Nm, dengan daya pecutan 0-100km/j dalam masa 7.9 saat.

Menerusi bateri bilah 51.13kWh, BYD ATTO 2 menawarkan jarak pemanduan sehingga 410km. Bateri ini juga menyokong kedua-dua pengecasan pantas AC dan DC dengan pengecasan 30 hingga 80 peratus mengambil masa kurang 30 minit.

BYD ATTO 2 hadir dalam tiga warna luar seperti:

  • Ski White
  • Breeze Green
  • Harbour Grey

Beralih pada harga, BYD ATTO 2 ditawarkan pada harga bermula RM100,000.

Ia turut hadir dengan pakej pemilikan mudah untuk 800 pelanggan pertama – pakej bernilai sehingga RM13,500.

Pakej “Bayaran Mudah”:

  • Bayaran ansuran RMO untuk 6 bulan pertama, 100% milik anda!
  • Eksklusif bersama Bank Panel Sime Motor

“Pengecasan Mudah” penyelesaian pengecasan fleksibel (pilih salah satu):

  • Pilihan 1: Penghuni Rumah Bertanah (Landed): Pengecas dinding percuma
  • Pilihan 2: Penghuni Kediaman Bertingkat: Sime Platinum 4+ oleh Power Up

Program langganan selama 12 bulan*

– 4x Pengecasan Mudah Alih dari Pintu ke Pintu setiap bulan

– 2x Cucian Kereta, Vakum & Sinaran Tayar setiap bulan

– 2x Perkhidmatan Penyelamat EV percuma setahun

Selain itu, turut ditawarkan adalah aksesori samping seperti V2L dan kabel pengecas jenis 2 dengan plug 3-pin.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian BYD ATTO 2 datang dengan pakej waranti komprehensif:

  • Waranti kenderaan sehingga tahun ke-6 / 150,000 km
  • Waranti bateri bilah voltan tinggi sehingga tahun ke-8 / 160,000 km
  • Waranti unit pacuan sehingga tahun ke-8 / 150,000 km

GALERI:

Google ads
Back to top button