AMARAH PUNYA PASAL.BALING BOM MOLOTOV PADA TRAK PIKAP BEKAS ISTERI
Seorang lelaki di Thailand bertindak di luar batasan apabila membaling bom buatan tangan (molotov cocktail) pada trak pikap bekas isterinya sehingga terbakar akibat perasaan marah.
Ketika kejadian, suspek dikenali sebagai Niwat Chankaew ternampak pikap bekas isterinya di sebuah stesen minyak di wilayah Nakhon Si Thammarat.
Dia marah apabila melihat wanita terbabit bersama lelaki lain.
Katanya, dia pulang ke rumahnya dan membawa bom buatan tangan (molotov cocktail) sebelum melemparkan bahan bakar itu ke arah pikap berkenaan.
Pada waktu kejadian, bekas isteri dan kekasih wanita itu sedang nyenyak tidur di dalam kenderaan terbabit.
“Saya sedia dipenjarakan tetapi dia harus ‘membayar’ apa yang dia hutang dengan saya, jadi barulah adil,” katanya.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek melarikan diri selepas melemparkan bom terbabit ke arah sebuah kenderaan.
Rakaman itu menunjukkan kebakaran merebak dengan pantas dan keihatan lelaki berbaju-T merah itu melarikan diri.
Bagaimanapun, wanita itu, Pattarapond Kongsidee, 26, dan kekasihnya terselamat serta mengalami cedera ringan..
Dia memberitahu pihak polis, mereka tertidur dalam pikap itu ketika berhenti berehat selepas membuat penghantaran buah-buahan.
Wanita yang terkejut dengan kejadian itu memiliki seorang anak bersama bekas suaminya- thesun