Buletin

ANTONOV 225 – PESAWAT TERBESAR DI DUNIA @ KLIA!

Saya bukanlah peminat tegar aeronatik, ketenteraan atau kejuruteraan angkasa. Ya. Anda boleh jumpa beberapa kelompok di media sosial yang berkongsi minat yang sama.

Antonov-An-225-KLIA-mekanika (4)

Mereka menghafal dan membincangkan setiap jenis pesawat, helikopter, kapal laut dan kejuruteraan peperangan yang mana kebanyakannya berlatarbelakangkan orang-orang biasa. Bukan jurutera atau bekas tentera pun.

Esok merupakan detik bersejarah di Malaysia yang bakal memberi peluang kepada mereka yang meminati pesawat melihat Antonov 225 dari dekat.

Ketika artikel ini ditulis, AN-225 sedang di udara, baru berlepas dari Prague. Pesawat ini dijadual akan mendarat di KLIA pada jam 8.00 pagi waktu tempatan untuk mengisi bahan api dan akan berlepas ke destinasi seterusnya ke Perth, Autsralia dalam misi menghantar kargo.

Antonov-An-225-KLIA-mekanika (6)

Antonov 225 Mriya merupakan pesawat terbesar di dunia yang dibina untuk Program Angkasa Rusia. Persaingan menawan ruang angkasa pada era perang dingin ini menyaksikan perlumbaan antara Amerika dan Russia dalam teknologi aero-angkasa.

Kesatuan Soviet waktu itu mengemukakan idea yang sangat drastik untuk melancarkan kapal angkasa mereka menerusi sebuah pesawat yang akan terbang menghampiri orbit. Biro Reka Bentuk Antonov diberi kontrak untuk mereka bentuk 2 buah Antonov 225 (yang dibesarkan daripada model AN-124)

Pesawat pertama berjaya disiapkan dan diterbangkan pada 1988. Ia menggunakan 6 buah enjin turbo jet Ivchenko Progress D-18T, 32 gear mendarat (roda), berukuran 88 meter lebar dari hujung sayap ke hujung satu lagi serta 85 meter panjang. Dengan berat keseluruhan 640 tan, ia menjadikan pesawat terbesar di dunia.

Antonov-An-225-KLIA-mekanika (7)

AN-225 berupaya mengangkut kargo maksimum seberat 250 tan. Jika saiz kargo jadi masalah untuk diletak dalam fiuslaj, ia boleh menampung kargo di atas bumbungnya sehingga 200 tan.

Ekor pesawat ini direka berkembar untuk membolehkan aliran udara tak menggangu pengendalian sewaktu Buran bertenggek di atas. Ini bukan sahaja pesawat, ia adalah keajaiban kejuruteraan tahun 1988 yang akan diingati dalam sejarah buat selama-lamanya.

Sebagai contoh, Airbus A380 hanya dihasilkan 2005. Pada 1988, internet pun tak ada. Komputer untuk reka bentuk pun cikai gila kot. Tapi kesan perang dingin dan pembuktikan sebenarnya Soviet memang hebat, direalisikan menerusi AN-225. Namun kerana kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, pembangunan sebuah lagi AN-225 terbengkalai.

Antonov-An-225-KLIA-mekanika (8)

Realitinya, selepas perpecahan Kesatuan Soviet, pesawat AN-225 ini tersadai dalam hangar. Enjinnya dibuka dan digunakan pada AN-124. Hanya pada tahun 2000 barulah AN-225 terbang semula rentetan permintaan sektor pengangkutan. Hanya AN-225 yang mempu mengangkut kargo bersaiz luar biasa yang tak mampu diangkut oleh Boeing atau Airbus Beluga.

Ia turut dikenali dengan nama AN-225 Mriya. Mriya bermaksud impian dalam bahasa Ukraine. Pesawat ini telah mencatat sejarah tersendiri bukan sahaja untuk komersial, tetapi menyumbang dari segi kemanusiaan.

Pada 2009, pesawat ini menghantar 12 unit (seberat 12 tan setiap satu) generator elektrik ke Stesen Elektrik Satala di Samoa yang rosak akibat Tsunami.

Antonov-An-225-KLIA-mekanika (2)

Kerajaan Jepun telah menggunakan khidmat Mriya untuk menghantar bantuan logistik dan peralatan mesin untuk membangunkan semula Haiti yang dilanda bencana gempa bumi pada 2010. Pesawat ini digunakan kerana bantuan tersebut sangat penting dan ia mesti sampai dengan segera tanpa perlu berulang alik. Hanya satu penghantaran.

Kepada yang berkesempatan, bolehlah ambil peluang ni. Ini bukan terjadi selalu, mungkin sekali dalam seumur hidup. Dari siasatan kami, AN-225 pernah mendarat sekali di KLIA pada 2007.

Tak pasti untuk tujuan apa, tapi mungkin untuk mengisi bahan api kerana KLIA mempunyai landasan yang besar, panjang dan kurang sibuk di rantau ini.

Antonov-An-225-KLIA-mekanika (1)

Masalahnya esok, MAB tak maklumkan ia akan mendarat dan berlepas dari landasan mana. Samada landasan 32R 32L atau 33. Berdoalah di 32R sebab boleh dapat spot yang cantik di Jalan Pekeliling.

Siapa yang ada lensa tele 300mm, 400mm, 500mm sila siapkan senjata anda!

Kredit foto: Jetphotos.net, Jan Stepanek @aviationmania, Wikipedia, Airliners.net

Google ads
Back to top button