Buletin

AOS2019, PAMERAN BERTARAF ANTARABANGSA DAH NI WEI!

Berbeza dengan negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia yang memang meriah dengan acara berkonsepkan automotif, Malaysia masih di belakang sejak beberapa tahun lepas. Mungkin ada satu dua acara yang meriah dan nampak ada potensi masa depan tapi akhirnya senyap selepas setahun dua dibuat.

Tapi Art Of Speed ni memang lain macam. Dari sebuah pameran kecil di Publika, kemudian Citta Mall, tak ramai yang sangka ia akan membesar pada tahap sekarang. Berani untuk kai katakan, Art Of Speed sudah mencapai status antarabangsa dengan standard pameran automotif yang jauh lebih tinggi.

Malah, ia jauh lebih meriah dari pameran “antarabangsa” KLIMS atau mana-mana pameran yang berkonsepkan serupa. Ia tak perlukan perempuan tak cukup kain di pintu masuk atau di booth jualan yang tak tahu nak jual kereta ke nak jual maruah.

Art Of Speed tetap dengan konsepnya yang tersendiri, masih kekal sebagai pameran “bebas” dengan berkonsepkan komuniti tapi pada tahun ini dimeriahkan dengan konsert dan ia tidak menjemput Aiman Tino tuan-tuan.

Ia menjemput Blues Gang dan beberapa band indie yang lagunya sedap boleh tahan tapi nama band tak pernah dengar.

Art of Speed (AOS 2019), acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya yang kelapan tahun ini, untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!

Acara ini telah berlangsung pada 27 dan 28 Julai 2019 di Malaysia Agro Exposition Park, (MAEPS) Serdang. Acara ini merekodkan 55,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung.

Saban tahun, penganjur AOS 2019 masih mengekalkan tradisi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubahsuai yang mengkagumkan dari luar negara.

Antara kenderaan khas yang dipamerkan kepada pengunjung adalah:

  • HEIWA MOTORCYCLE (JEPUN) dengan BMW R9T Custom, yang dikomisenkan oleh BMW Motorrad.
  • MOON OF JAPAN 1961 Ford Falcon Sedan Delivery “PANTASTIC”.
  • HOT DOCK CUSTOM CYCLES (JEPUN) dengan 1948 FL Harley-Davidson Custom “StG Nautilus”. Motosikal ini telah dianugerahkan “Grand Champion” di acara S&S 50th Anniversary “World’s Largest Build-Off” pada 2008.

Pengisian kemuncak Art of Speed adalah kehadiran komuniti kustom antarabangsa dan media yang semakin bertambah dan para pengunjung dapat beramah mesra bersama selebriti seperti Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Masakazu “PAN” Sumi daripada MOONEYES

Turut hadir ialah Oliver Jones Grayson dikenali sebagai The Cutrate; Amerika Syarikat (Pemenang Born Free 2019), Shaik Ridzwan dikenali sebagai The Mighty Motor, Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers, Chris Cooper daripada Fuel Tank Australia, Matthew Everingham daripada Speedhunter, Marlon Slack daripada Pipeburn, Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine dan Makoto Ukai daripada Model Cars & Let’s Play VW Magazine Jepun.

Art of Speed Invitational Car Build Off 2019 tahun ini dikuasakan oleh PETRONAS, menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Keputusan dari pihak juri memihak kepada The Classic Garage dari Johor Bahru dan pilihan awam ialah Carazee Artwork dari Klang.

Hot Wheels juga berada di AOS 2019 dengan Steve Vandervate, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels (Segmen Premium dan Pengumpul). Beliau hadir ke acara daripada Amerika Syarikat untuk bertemu dengan semua peminat jenama kereta miniatur ini. Beliau melancarkan siri “Japan Historics 3”, yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 di bawah tema “Legendary Japanese Cars”. Nissan Skyline R31 bersaiz sebenar dan Honda City Turbo II dipamerkan bersama dengan prototaip “diecast” untuk tatapan semua pengunjung semasa acara ini berlangsung.

Diantara sorotan khas di AOS 2019 adalah koloborasi Hot Wheels & Krome Bandits edisi khas terhad daripada PETRONAS. Hausboom, dengan kerjasama Hot Wheels, mempamerkan kereta rasmi berskala 1:1 New Beetle Gen 1 sebagai hadiah yang diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah di acara AOS 2019. Kolaborasi rasmi ini adalah yang pertama seumpanya di Asia. Hadiah kereta itu dimenangi oleh pemenang bertuah; Eric Lim dari Kuala Lumpur.

Antara aktiviti menarik di acara adalah pameran VANS yang bertemakan “Black Rainbows” yang memberi penghormatan kepada kasut “Era” dan juga klinik papan selaju, Hail Vintage dan NoEqual NEAT Fest di dalam Dewan C, segmen forum yang menjadi pengisian menarik di AOS 2019 iaitu Kustom & Koffee Talk yang telah dihoskan oleh Keshy Dhillon dari Bikesrepublic.com yang menengahkan panel dari luar negara iaitu Oliver Jones dari The Cutrate, Shaik Ridhwan dari The Mighty Motor USA dan Kengo Kimura dari HEIWA Motorcycles Japan.

Harley-Davidson FXDR 114 juga telah dilancarkan di AOS 2019. Model baru motosikal yang baru ini didatangkan dengan kelebihan teknikal yang dipadankan dengan pengukuhan aspek prestasi.

Antara perubahan besar ketara yang telah dibuat oleh penganjur acara AOS 2019 adalah konsert Sound Circus yang dipindahkan ke kawasan luar yang lapang untuk memenuhi permintaan peminat muzik yang semakin meningkat angkanya. Barisan artis Sound Circus menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan kugiran musik lain seperti Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow dan banyak lagi pada hari Sabtu & Ahad pula menyaksikan Asheed Def Gab C, dan persembahan utama, Blues Gang.

Melengkapkan pertunjukan acara pada hari Ahad pula diadakan hadiah cabutan bertuah dimana seorang pemenang bertuah akan pulang dengan SATU (1) unit Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa oleh FNG Works. Pemenang bertuah yang diumumkan di pentas utama adalah Tham Wei Ping dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Para pemenang kategori motosikal dan kereta “Best of Show” memenangi pakej percutian dan hadir ke acara 28th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

GALERI

Google ads
Back to top button